Tuesday, May 20, 2014

Karnival Harumanis di Arau

Karnival Harumanis Negeri Perlis akan diadakan pada 22 - 23 Mei 2014 mulai jam 10.00 pagi hingga 11.00 malam di perkarangan C-Mart, Arau, Perlis. Pelbagai acara diadakan sempena dengan Karnival tersebut.
 
DYTM Tuanku Raja Muda Perlis akan berangkat mencemar duli merasmikan majlis tersebut pada 22 Mei 2014 pukul 2.00 petang .

Orang ramai dijemput hadir beramai ramai bagi memeriahkan majlis tersebut.
 

Selamat datang ke Istana Arau sempena hari keputeraan ke-71

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis Ke-71, pihak Istana Arau memberi peluang kepada orang ramai untuk masuk melawat perkarangan Istana Arau pada sebelah malam | Tarikh: 23 - 24 Mei 2014 dan 30 - 31 Mei 2014 | Masa: 9.00 malam - 11.00 malam | Pelbagai acara kebudayaan disediakan-SUMBER

Saturday, March 8, 2014

Mangga harum Manis Harta Intelek Negeri Perlis

Musim mangga HArum Manis atau mempelam harum manis tiba lagi pada setiap April sehingga hujung Mei.
Untuk tahun 2014, menurut jangkaan penanam mempelam harum manis, hasil mungkin lebih banyak daripada tahun lepas. Jika tuan/ puan inginkan harum manis dikurier ke rumah tuan puan, silalah berhubung dengan En. Azmir, salah seorang pemilik kebun harum manis di kawasan Panggas dan Sungai Serai di nombor 012-4341447.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...