Thursday, May 30, 2013

Homestay Padang Behor, Kangar

Homestay ini mempunyai 3 bilik yang sangat luas, terdapat 6hp aircond (sangat sejuk) yang mana semua bilik berhawa dingin termasuk ruang tamu, berharga RM 250 semalam
Terletak di tepi jalan besar dari roundabout Kangar ke Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Behor Pulai

Laman homestay yang luas, boleh parking lebih daripada 10 buah kenderaan.

Ruang tamu yang luas dan berhawa dingin

banyak kerusi sofa

Bilik berhawa dingin dan disediakan toto setiap bilik

terdapat 3 buah bilik air

Setiap bilik mempunyai almari dan sejadah

Ruang makan yang terasing daripada dapur

dapur yang selesa

Mesin basuh automatik juga disediakan.

Saturday, May 11, 2013

Tetamu selebriti- Awan Nano

Penulis lirik lagu Awan Nano, yang menjuarai Anugerah Juara Lagu Ke-26, Hasmi Hashim atau lebih dikenali sebagai Buddhi Hekayat baru-baru ini telah sudi untuk bermalam di homestay KTH B, Mata Ayer, Perlis.
Terima kasih Buddhi Hekayat







Kenangan ketika memenangi AJL ke 26- dengan lagu Awan Nano
Buddhi Hekayat bersama rakan-rakan seperjuangan
Peluang bergambar yang tidak boleh dilepaskan

Wednesday, April 17, 2013

Robocon (MIRoC) Unimap 2013

Pada 12 sehingga 14 April 2013 yang lau- Universiti Malaysia Perlis atau Unimap telah menganjurkan pertandingan Robocon. Ramai tetamu yang datang daripada seluruh sekolah dan Pusat Pengajian Elektronik dan Kejuruteraan berkunjung ke Perlis untuk mempertaruhkan hasil ciptaan robot masing-masing. Rangkaian http://perlishomestay.blogspot.com juga menjadi antara penginapan yang menjadi pilihan peserta pertandingan. Berikut adalah suasana di homestay dan di tapak ekspo dan pertandingan Unimap Kmapus Pauh

Unimap Kampus Pauh yang baru dibuka

Kain rentang pertandingan

Papan tanda tunjuk arah ke tapak ekspo MIRoC 2013

Replika buah mangga Harum Manis di tepi pagar Unimap bersebelahan lebuhraya Changlun ke Kuala Perlis

Van SESMA, Kuala Terengganu yang turut serta di MIRoC yang menginap di Cottage Lavender

Rombongan Politeknik Melaka

Antara Robot dari Politeknik Melaka yang bertanding
Bergambar kenangan dengan robot-robot yang telah memberikan kejutan di pertandingan tersebut.


LAGI BERITA PENYERTAAN POLITEKNIK MELAKA  DI MIRoC 2013- KLIK SINI

Perbincangan ilmiah antara Dr Nasharudin (UKM), GC Fizik Cikgu Norliza dan Cikgu Jaafar guru Kimia SESMA

Tidak ketinggalan untuk breakfast di Restoran Nasi Kandar Pokok Petai, Mata Ayer bersama pensyarah UiTM Arau dalam Computer Programming, En Azmi bin Abu Seman
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...