Wednesday, February 22, 2012

Tetamu Nadwah Kepimpinan Pelajar 2012 (NKP'12)

Pada 17, 18 dan 19 Febuari 2012 yang lalu, KTH homestay menerima tetamu Nadwah Kepimpinan Pelajar 2012 dari Ma'had Tahfiz Al Quran Al Imam An Nawawi (MATIN). Seramai 21 orang pelajar tahfiz dan 5 orang guru menginap di sini. Pengurusan KTH amat berbesar hati apabila aktiviti berjalan maka terdengarlah gema takbir, tahmid dan tasbih di kawasan kejiranan berdekatan. 

 
Bergambar kenangan di hadapan KTHB homestay, ada yang berposing atas basikal yang disediakan.

Beriadah sambil bertasbih di perkarangan homestay yang luas.

Aktiviti 'stretching' ketika beriadah.

Kuliah disampaikan oleh Ustaz Nasrul Ikman Nerudin, salah seorang tenaga pengajar

Kalau ada masa lapang, aktiviti berendam tak dilepaskan.


Terima kasih atas kunjungan adik2 pelajar tahfiz dari Matin, khususnya Ustaz Nasrul dan sahabat2 beliau yang lain.
 
KATEGORI: our guest- pelajar tahfiz MATIN

Sunday, January 29, 2012

Kg Kersek Homestay 2 ( KKH2 )

Kg Kersek Homestay kini menambah sebuah lagi unit yang dikenali dengan KKH2. Terletak bersebelahan KKH, homestay ini mempunyai 1 bilik yang dilengkapi dengan ruang makan dan ruang tamu. Tetamu yang agak ramai disediakan toto oleh tuan rumah, Makcik Indun dan Pakcik Abd. Razak. Homestay ini terletak di belakang Balai Polis Mata Ayer dan sangat dekat dengan restoran Warung Pokok Sawa.


 Pintu depan KKH2, bersebelahan KKH

Ruang tamu yang boleh muat lima orang kalau tak cukup katil


 Ruang dapur yang lengkap dengan peti ais


 Ada sinki dan meja makan untuk percutian yang sempurna.


 Katil berkembar dengan toto tambahan ada disediakan

Sunday, January 15, 2012

Perjalanan ke Phuket melalui Padang Besar

Catatan perjalanan ke Phuket, Thailand  tempoh hari  bersambung dalam posting ini.
Jalan ke Padang Besar melalui ladang tebu Chuping. Awal2 pagi nan hening dan damai...


Bandar Padang Besar masih lengang, namun dah banyak restoran2 kecil dibuka untuk breakfast.

'Money changer' pun dah buka dalam jam 7 pagi, tetapi pintu kecil je lah... 
Agensi insuran biasanya buka jam 9 pagi, tetapi pagi tu, kami terpaksa telefon minta tolong buka awal. Tapi owner nya ok, mesra pelanggan, siap bagi tip perjalanan ke sana, sebab kami pun first time ke sana...
Suasana di pusat imigresen Thailand, lengang tak macam kat Bukit Kayu Hitam, jenuh berbaris...


























Lepas chop pasport, bawa insuran kenderaan kita yang nak ke Thailand ke both ni untuk buat 'custom decralation. Jangan tak buat nanti kena roadblock kat Thailand.
Sebelum nak masuk Thailand, isi dulu minyak penuh2, harga kat sana ikut harga pasaran dunia... tuan/puan nilailah sendiri...
 
Dalam perjalanan ke Phuket, melalui Phattalung yang terkenal dengan Nenas- variety Sarawak.

Singgah sebentar di stesen minyak Shell.

Penat memandu, berhenti sebentar tengok2 barang kraftangan Thailand. Ramai juga penjual dikalangan muslim.


Kedai 7-Eleven banyak kat 'R&R' di sini. Minuman yang selalu dibeli- susu kotak Foremost... sedap juga & saiz pun lebih besar dari yang kat Malaysia.

Banyak pokok kurma yang ditanam untuk hiasan, Malaysia patut contohi...
Tandas pun ada kebudayaan Thailand tersendiri
Lagi 180 km ke Phuket, kami melalui Phang Nga yang banyak gua batu kapur
Signboard aluan dan penerangan ringkas tempat2 menarik (wisata) apabila masuk ke wilayah tertentu.
Akhirnya tiba di Phuket selepas perjalanan hampir 10 jam... huih letih2. Cari restoran muslim kat depan masjid sebelum sampai ke pantai Patong. Lepas makan baru cari hotel pulak...



Kategori: Activities - Aktiviti melepasi Sempadan-  Phuket melalui Padang Besar.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...