Monday, October 31, 2011

Masjid Terapung Terindah di Selat Melaka

Masjid al-Hussain, Kuala Perlis menjadi mercu tanda baru di Pekan Kuala Perlis. Ianya didekorasikan dengan perancangan yang teliti.
Berhampirannya terdapat sebuah pelantar dan menara peninjau untuk pengunjung merakamkan saat2 indah berlatarkan masjid al-Hussain ini.



Jalan masuk ke dalam masjid, sebelah kirinya dilengkapi dengan perpustakaan dan pejabat pentadbiran.



Pandangan dari Masjid, Jeti feri Kuala Perlis-Langkawi. Tiada alasan bagi yang tidak sempat bersolat fardhu di Masjid.




Pintu pagar masjid yang sangat dekat dengan Jeti membolehkan para musafir berehat sebelum meneruskan perjalanan sama ada dari Pulau Langkawi mahupun ke Pulau Langkawi.



Pemandangan yang indah ini dirakamkan pada waktu Dhuha lebih kurang jam 10 pagi, lihatlah langit membiru tanpa awan, kelihatan pulau Langkawi disebelah kiri dan Pulau Brasmana, Thailand sebelah kanan (dahulunya wilayah Malaysia)



Lagi pemandangan masjid berlatarkan kepulauan Pulau Langkawi.



Inilah menara masjid yang boleh menjadi panduan kepada pelaut kerana ia akan bercahaya di waktu malam dengan cahaya yang berlainan menandakan waktu Maghrib, Isya dan Subuh.



'Foundation' masjid yang betul2 dibina di atas laut. Apabila bersolat, pengunjung boleh melihat laut kerana arah kiblatnya memang menghadap laut. Suasana akan lebih cantik ketika air laut pasang.


Tempat mengambil wudhu', airnya dialir terus ke laut.


Namun jangan dilupa dengan Masjid Kuala Perlis yang lama. Jaraknya lebih kurang 6 km dari masjid baru Al-Hussain.

Tuesday, October 18, 2011

Suasana Nat Wang Kelian, Pekan sehari antara 2 negara

Nat Wang Kelian, menjadi tarikan penduduk 2 buah negara sejak pintu sempadan dibuka pada setiap hari Sabtu dan Ahad. Pengunjung boleh melintasi sempadan antarabangsa tanpa pasport dalam radius 1 km dari sempadan. Pasar ini bermula dari pagi Sabtu dan berlarutan sehingga hari Ahad. Klik

Mercu tanda menanti pengunjung

Jalan nak ke Wang Kelian agak mencabar, tetapi tak jauh pun. Pengunjung kena berhati-hati dengan kenderaan penyeludup minyak yang dipandu laju untuk mengejar trip. Disini boleh perhatikan gelagat penyeludup minyak, mudah untuk dikenali...

Kedai bebas cukai, tapi tak semeriah kedai bebas cukai di Bukit Kayu Hitam dan Padang Besar.

Sempadan Malaysia Thailand, pondok imigresen di depan.

Pengunjung akan berjalan kaki melintasi sempadan antarabangsa ke Thailand.

Gerai menjual toto, comforter dan lain2. Menjadi kegemaran pengunjung dari Malaysia untuk membeli toto dengan harga murah.

Perkhidmatan membawa barang pun ada, kelihatan dalam gambar, pelancong dari Thai membeli barangan Malaysia (biasanya barang2 elektronik, dalam gambar motosikal elektrik untuk kanak2) menggunakan perkhidmatan mengangkut barang oleh penduduk tempatan.

Urusan di pejabat imigresen, agak sibuk pada pagi ahad.

Buah mangga 'siku raja' terkenal di kalangan penduduk tempatan Selatan Thai dan Utara Malaysia, sedap dan rapuh kalau dibuat cicah kuah rojak.

Papan tanda check point antarabangsa antara dua negara.

Pandangan dari pusat pemeriksaan imigresen ke arah Thailand, melalui jalan ni, pengunjung boleh terus ke Satun dan Phuket (jalan 'shortcut' berbanding Bukit Kayu Hitam dan Padang Besar).

Peta wilayah selatan Thai dipamerkan untuk memudahkan pengunjung yang mungkin hendak melanjutkan perjalanan ke tempat2 menarik di Thailand.


Pusat pemeriksaan pasport Malaysia, disediakan surau dan bilik air untuk kemudahan pelancong dan pegawai2 imigresen.

Antara barangan yang dijual, ikan bilis, udang kering dan gula dari pokok thai. Blogger biasanya beli gula gerek(panggilan penduduk tempatan) ini, baik untuk menggantikan gula putih yang boleh menyebabkan diabetes.

Makanan kering yang banyak dijual, namun hati2 untuk lihat tanda halal.

Ramai juga orang Islam Thai yang berniaga di sini. Antara buah-buahan dari Thai, buah mata kucing, laici, salak dan lain-lain (mengikut musim)

Saturday, October 15, 2011

Tetamu dari Indonesia


Sempena istiadat konvokesyen UUM ke 24 baru2 ini. Rangkaian homestay Mata Ayer Agri Ent. menerima tetamu dikalangan graduan UUM dan ahli keluarga mereka.

Tetamu yang istimewa pada majlis tersebut ialah En. Yudha dan keluarga dari Jawa Tengah dan En. Andhoko dari Cilacap, Indonesia. Mereka datang dengan dua buah van besar yang disewa di Sungai Petani, yang mana van tersebut menjemput mereka di Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Bermalam selama 2 malam di Perlis, mereka sempat melancong ke Hatyai, Thailand. Kehadiran ke konvokesyen UUM tersebut memberi peluang kepad mereka untuk melancong ke dua buah negara sekaligus, iaitu Malaysia dan Thailand. Inilah kelebihan melancong ke negeri yang bersempadan antarabangsa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...