Wednesday, January 9, 2013

Bercuti ke Songkhla, Thailand

Kini percutian ke Songkhla, Thailand sangat mudah. Berikut tentatif aturcara kepada mereka yang berminat untuk bercuti ke Hatyai, Songkhla dan kos yang berkaitan.

Cadangan kami ialah- anda sekeluarga datang ke Perlis dan bermalam di salah sebuah rumah tetamu kami, keesokan harinya, awal pagi, van berpendaftaran Thailand yang diuruskan oleh agen berkaitan akan datang ke rumah tetamu tersebut untuk mengambil anda sekeluarga untuk perjalanan sehari dari Perlis ke Songkhla dan melawat tempat2 menarik dan bershoping. Van tersebut akan menghantar anda sekeluarga semula ke Perlis pada petang hari tersebut juga. Anda sekeluarga bermalam semalam lagi di rumah tetamu kami kemudian pada keesokan harinya, dalam keadaan segar- anda boleh bertolak pulang.

Berikut ialah tempat2 lawatan yang dicadangkan (anda juga boleh berunding dengan pemandu van untuk tempat2 yang diatur):

HUBUNGI KAMI SEGERA! 0194477475

Masa
Tempat/ Aktiviti
Nota
8:00- 10:00 pagi
Bertolak dari homestay/ rumah tetamu di Perlis ke Chang Puak Camp- Santuari Gajah di Songkhla, Thailand
Masuk percuma, menunggang gajah RM50
11:00 pagi
Songkhla Aquarium
Yuran masuk RM25
12:00 tgh
Bertolak ke Samila beach- laut Cina Selatan
Makan di restoran muslim dan Solat Zohor Asar (jamak ta’adim)
2:00 petang
Shoping di Pasar Hatyai

4:00 petang
Floating Market
Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja
6:00 petang
Singgah shoping di Big C, Hatyai

7:30 petang
Bertolak pulang ke Padang Besar
Sebelum pintu sempadan ditutup

 Kos sewa van untuk 10 tempat duduk = RM500 (boleh runding)
PERINGATAN PENTING:-
1. Sila bawa passport antarabangsa atau border pass
2. Jangan terpedaya dengan wanita2 siam bukan muslim yang memakai tudung berniaga/ menjaja makanan terutama ayam goreng (ayam goreng yang tidak disembelih ikut syariah).

Cari makanan di restoran muslim Patani atau yang betul2 muslim.


Berikut gambar2 tempat lawatan:-
Contoh van yang akan membawa anda sekeluarga ke Songkhla, Thailand
Bergambar di Taman Santuari Gajah
Boleh bermain dengan gajah jinak



Suasana di pasar terapung/ Floating Market

Boleh mengayuh sampan di Floating Market

Kelihatan sampan2 peniaga di sepanjang jeti...- sangat unik



Dah sampai pun ke laut Cina Selatan- eh.. dekatnya dari Perlis...






Thursday, December 20, 2012

Percutian keluarga di KTH Cottage Canna & Rose, Mata Ayer


Signboard ke KTH Cottage & Homestay di jalan besar Mata Ayer
KTH Cottage Canna & Rose- baru siap November 2012- rumput pun tak sempat tumbuh lagi...
Kemudahan disediakan di dalam cottage- yang ini Cottage Rose- ada ASTRO HBO lagi

En Rudy Fikri bergambar dengan tuan rumah di depan Pantri Cottage


Blogger dibantu oleh tetamu, En Mohd Firdaus, pengamal undang2 dari Negeri Sembilan, 
menyediakan jus nenas

Cottage Canna & Rose berhampiran Cottage Lavender & Mint.

Masa terluang digunakan oleh anak2 tetamu untuk berendam


Posing sebelum terjun...Alif & kakak

Malam pula makan ikan bakar di Kuala Perlis- 'first time' cuba siput mentarang.
 
Malam melepak dengan sahabat2 lama di beranda cottage
Breakfast ramai2 kat Restoran Nasi Kandar Pokok Petai, Pekan Mata Ayer
 

Motor terbang- keunikan kedai E-Motor di Pekan Mata Ayer

Unik- pagar ke Bengkel E-Motor dibuat dengan gear dan spoket...



En. Sharir, dan keluarga (tetamu di KTH Cottage Mint) mencuba meja dan kerusi yang boleh berbuai... di Restoran Nasi Kandar Pokok Petai bersebelahan E-Motor.

En. Rudy ialah seorang pilot dan isteri, pramugari di MAS- semoga berbahagia selalu hendaknya... 
Bermalam di KTH guesthouses boleh order Pizza..

Cottage Rose & Canna waktu senja...
Harga Cottage Rose & Canna- Semalam RM80 je seunit. Hubungi lah 0194477475 (Asri) atau 0134887475 (Siti) untuk tempahan.- tiada caj tambahan dan tersembunyi.

Tuan rumah mengalu-alukan kedatangan tetamu... kalau tak muat, ada 4 lagi unit homestay bersebelahan...
Kemudahan lain- ambil dan hantar dobi (laundry), kedai runcit, kolam renang, pokok buah2an dll.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...