Saturday, September 8, 2012

Aidilfitri 1433H di Masjid As-Syakirin, Oran (Masjid Kubah Hitam)

Bagi tetamu yang menginap di rangkaian homestay kami pada 1 syawal 1433H yang lalu, kami mengucapkan selamat hari lebaran dan semoga Allah menerima amalan tuan/puan dan amalan kami sepanjang Ramadhan yang lalu. Berikut adalah gambar suasana berhari raya di Masjid As-syakirin, Oran, Mata Ayer, Perlis atau tetamu selalu diberi gambaran masjid berkubah hitam.

Jemaah yang hadir bersolat sunat hari raya, melimpah sehingga ke tempat parkir.

Selepas solat dan Khutbah Hari Raya, kanak2 lah yang paling riang, beratur untuk mendapatkan duit raya dari Tok Imam, Ustaz Ya'ali bin Dahaman dan Isteri.

Tradisi menziarahi perkuburan saudara mara bagi anak2 perantau yang pulang berhari raya.

Jambatan baru melintasi rel keretapi Singapura- Bongkok- kalau nak ke homestay KTH, tetamu akan menyusur ke tepi jambatan (jangan naik atas jambatan- nanti sampai ke Padang Besar pula)

Sunday, August 5, 2012

Iftar Ramadhan 2012

Pada 3 Ogos 2012, Jumaat, KTH Homestays menganjurkan majlis Iftar Ramadhan. Berikut adalah gambar2 suasana majlis tersebut.Jangan lupa untuk mengetahui PROMOSI PENGINAPAN SEMPENA RAMADHAN 2012 (KLIK) termurah RM40 semalam.
Hidangan seadanya

Jamuan di adakan di ruang depan KTHB

Lepas teraweh, sempat lagi berendam

Saturday, July 14, 2012

Sewa van bersama pemandu

Bagi yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan sewa van terutamanya pelajar (UiTM Arau, Politeknik Pauh, IPG Kangar, Pusat Matrikulasi Arau dll) yang ingin pulang atau ibu bapa yang ingin menziarahi anak2 mereka di sini (terutamanya untuk berbuka puasa bersama anak2 mereka di sini bolehlah hubungi En Syed di nombor 019-2056796


Harga RM400 sehari (termasuk minyak)
 
Ramai tetamu ke Perlis dan homestay kami menggunakan perkhidmatn van ini

Amat selesa, luas dan selesa.

Kategori: LINKS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...