Saturday, October 15, 2011

Tetamu dari Indonesia


Sempena istiadat konvokesyen UUM ke 24 baru2 ini. Rangkaian homestay Mata Ayer Agri Ent. menerima tetamu dikalangan graduan UUM dan ahli keluarga mereka.

Tetamu yang istimewa pada majlis tersebut ialah En. Yudha dan keluarga dari Jawa Tengah dan En. Andhoko dari Cilacap, Indonesia. Mereka datang dengan dua buah van besar yang disewa di Sungai Petani, yang mana van tersebut menjemput mereka di Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Bermalam selama 2 malam di Perlis, mereka sempat melancong ke Hatyai, Thailand. Kehadiran ke konvokesyen UUM tersebut memberi peluang kepad mereka untuk melancong ke dua buah negara sekaligus, iaitu Malaysia dan Thailand. Inilah kelebihan melancong ke negeri yang bersempadan antarabangsa.

Tetamu pelajar sekolah dari Kota Tinggi, Johor dan Setiu, Terengganu.

Pada 15 Oktober 2011 yang lalu, rangkaian rumah tetamu Mata Ayer Agri Ent. telah menerima tetamu dari Kota Tinggi, Johor dan Setiu, Terengganu. Seramai lebih kurang 80 orang pelajar dan guru pengiring dari SMK Sri Aman, Kota Tinggi, Johor menginap di 4 unit rumah tetamu di Taman Sri Lanchang, Jejawi, Mata Ayer. Rumah tetamu yang terlibat MAH 4 bilik RM280, AWARA 3 bilik RM180, SLHA 3 bilik RM180 dan SLHB 3 bilik RM180, dengan kos keseluruhan RM820, atau lebih kurang RM10.25 untuk setiap tetamu. Sementara itu, KTHA 2 bilik RM110 dan KTHB RM140 menerima tetamu dari SMK Agama Setiu, Terengganu. Mereka terdiri daripada pelajar tingkatan 3 yang baru sahaja selesai menduduki peperiksaan PMR.
Tempat parkir bas yang mudah menjadi pilihan. Sebahagian ahli rombongan menginap di Sri Lanchang Homestay A & B, manakala yang lain menginap di AWARA dan MAH di blok depan. Ahli rombongan bergerak menuju ke rumah2 penginapan.
Pelajar SMK Sri Aman sempat diberi tunjuk ajar mengail ikan puyu oleh Kak Kaki Pancing di kalangan penduduk tempatan.
Keriangan terpancar apabila umpan sudah mengena. Salah seorang Kak Kaki Pancing yang menjadikan aktiviti mengail puyu sebagai aktiviti masa lapang setiap petang.
Kakak2 ni dah ada persiapan yang rapi, siap dengan sarung tangan untuk pegang ikan puyu yang berduri tu..
"Kami pun nak cuba memancing jugak...," pelajar SMK Sri Aman Kota Tinggi.
Bas rombongan dari SMK Agama Setiu, Terengganu di parkir di halaman homestay KTH yang luas.
Bas diparkir dialih terlebih dahulu untuk mudah keluar nanti.
Pelajar SMK Agama Setiu sempat bersiar2 sambil mengayuh basikal mengelilingi kampung dan membeli keperluan di kedai runcit di depan homestay KTH.

Monday, October 3, 2011

Jom pekena jelly nira nipah

Tarikan ke Kuala Sanglang, Perlis tidak boleh dilepaskan tanpa berkunjung ke Nira Nipah Kipli (blognya di sini). Bagi pengunjung yang ingin tahu bagaimana nira diperolehi dari pohon nipah, anda boleh pelajarinya di sini sambil merasai keenakan air nira nipah.

Perjalanan ke tempat ini dari Kuala Perlis, anda perlu tempuhi jalan persisir pantai Kuala Perlis, Sungai Baru dan akhir sekali Kuala Sanglang Perlis (selepas melintasi sungai di muara pekan Kuala Sanglang, anda akan memasuki Kuala Sanglang Kedah.

Dalam perjalanan dari Kuala Sungai baru, anda akan terjumpa signboard seperti di dalam gambar di bawah. Tetapi sebelum ke sini eloklah telefon En. Kipli 017-4306245 untuk mendapatkan maklumat sama ada terdapat nira atau tidak pada tarikh yang anda ingin kunjungi. Pengunjung juga boleh dapatkan cuka nipah, selain daripada air nira dan jelly nira nipah.

Selamat berkunjung ke Perlis dan rasai pengalaman berada di negari yang ter-utara dan ter-barat di Tanah Besar Semenanjung Malaysia.




Jelly nira nipah, sedap mengalahkan jelly air kelapa. 'Tak sempat sampai rumah, dah habis makan sekeluarga dalam kereta'

Signboard jalan

Signboard ke Ladang Nipah Kipli. Beliau mendapat bantuan daripada Jab. Pertanian dan juga MADA
Jalan masuk dihiasi dengan pepohon nipah yang dijaga rapi.



Bagi setiap rimbunan nipah, terdapat lopak air di tengahnya. Pengunjung, terutamanya kanak2 berpeluang memerhatikan ikan belacak yang cekap bermain lumpur dan ketam2 batu yang berlumba-lumba memasuki lubang persembunyian.


Antara pengunjung yang bersiar2 di celahan rimbunan pepohon nipah yang dijaga rapi dan cantik.


Terdapat pondok2 dan kerusi batu untuk pengunjung bersantai sambil menikmati kemanisan air nira nipah.



Turut disediakan surau yang merupakan sebuah pondok binaan tradisional.



Laman yang ditanami dengan pepohon rendang, antaranya pohon mangga dan pohon buah cermai.




Inilah buah nipah, dari tangkainya lah selepas dipotong, air nira ditadah.



Ayu, membantu keluarga di kiosk cantik menjual hasilan yang dikeluarkan oleh ayahnya, En. Kipli



Sebuah bengkel yang digunakan untuk mengumpulkan hasilan nipah. Dalam tong hitam itu nira nipah yang diperam untuk menghasilkan cuka nipah.


Shofiyah Raudhah tertarik dengan hiasan di kiosk.


Plastik berisi air nira yang keluar daripada tangkai buah nipah yang dipotong.



Denai laluan di dalam Ladang Nipah yang membuatkan si kecil tidak mahu pulang.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...