Wednesday, April 13, 2011

Mata Ayer, Slot Lagenda TV3- Terbaru!

Bangganya pengambaran di Mata Ayer, Perlis. Memang nama tempat dalam drama ni Mata Ayer, kedudukan di tengah2 negeri Perlis. Ada syot di padang SMK Syed Sirajuddin, dan banyak lagi di sepanjang jalan besar Mata Ayer sehingga ke Tasik Melati.

Nama Mata Ayer (spring) memang ada kaitan dengan air bawah tanahnya yang jernih dan sedap diminum. Kat Homestay KTH A & B dan juga KKH, anda boleh merasai air perigi yang sedap ni. Setakat ini tiada sesiapa pun yang berusaha untuk komersilkan air bawah tanah di sini. Walau kemarau setiap tahun melanda Perlis- lebih kurang 2 ke 3 bulan tiada setitik hujan pun, air perigi di sini tidak pernah kering-Alhamdulillah.

lihat slot promo TV3 Slot Lagenda di You Tube

LIHAT VIDEO Homestay di Perlis dalam You Tube

Kat sini pun ada tentang drama tu- Klik

Promosi Mata Ayer, Perlis

Mulai 11 April 2011, setiap 4pm Isnin sehingga Khamis, slot lagenda TV3 menyiarkan drama bersiri yang bertajuk Mata Ayer. Yang bestnnya, pengambaran drama ini juga dibuat di Mata Ayer. Penonton dapat menyaksikan suasana lanskap Mata Ayer. Ada juga shot di Tasik Melati yang juga tarikan di Mata Ayer. Apa yang menarik lagi tentang Mata Ayer ialah- air bawah tanahnya sememangnya jernih dan sedap untuk diminum. Ramai penduduk di Mata Ayer mempunyai perigi di setiap rumah masing2. boleh klik kat sini untuk preview.

http://www.youtube.com/watch?v=oInUnKUkKO0
tapi yang tak berapa sedapnya- cerita ni ada kaitan dengan hantu. lagi filem yang dishot di Mata Ayer - jangan pandang belakang congkak 2

Monday, April 4, 2011

Kraf kayu dari Perlis

Pn Arifah adalah seorang pengusaha kraf kayu yang gigih di Perlis. Beliau banyak mengadakan gerai2 pameran dan jualan di sekitar negeri Perlis. Beliau telah lama berkecimpung dalam usaha ini dan sangat meminati kerja2 seni. Beliau sangat berkemahiran dalam selok-belok kerja kraf kayu ini. Hasilan seni dari beliau sangat menarik dan kreatif. Sumber kayu yang beliau perolehi diambil di sekitar Perlis. Kayu-kayu yang digunakan adalah dari pokok mahogani dan jati yang banyak ditanam di tepi2 jalan di negeri Perlis. Terdapat juga pohon balak yang popular di Perlis seperti pohon Halban, Temak dan Tembusu. Kayu dari pokok Meranti dan Nangka juga digunakan, jika ada stok. Kerja2 seni beliau dibuat di Bengkel Kraf tangan, Jalan Kuala Perlis. Pengunjung dialu-alukan untuk mengunjungi bengkel beliau dan lihat sendiri kerja2 beliau dan dibantu beberapa orang staf. Pengunjung juga boleh menempah kraf kayu yang unik di sini. Keychain kayu adalah yang terbanyak dihasilkan, tuan/puan boleh dapatkan semurah RM1 jika dibandingkan dengan harga pasaran, mungkin mencecah RM3 atau RM4.
Hairi Arts N Craft milik Pn Arifah.

Bengkel kayu Hairi Arts


Kayu2 dan cabang2 pokok yang belum diproses menjadi hasilan seni yang unik.


Taman Negara - Mahogany Tree., Taman Negara National Park, Malaysia This travel blog photo's source is TravelPod page: Taman Negara - Ancient Rainforest.

Contoh pohon Mahogani di Taman Negara


lukisan berkonsepkan English dengan bunga ros kecil.


Hasil lukisan tangan Pn Arifah


Kak Arifah tekun bekerja sambil diperhatikan oleh blogger.

Banyak lagi hasilan beliau yang terdapat di rak2 belakang.


Pn Arifah boleh dihubungi di 0175742257, telefon duhulu sebelum melawat. Lawatan dalam kumpulan kecil (keluarga dialu2kan) sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Perlis
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...