Selamat datang pelajar baru dan keluarga untuk mendaftar di UNIMAP dan UiTM, Arau. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan menikmati keindahan Negeri Perlis dan menikmati makanan di sini.
Thursday, September 24, 2026
Saturday, August 8, 2026
KTH Homestay & Chalet telah menerima persijilan KampungStay daripada MOTAC
![]() | |||
|
![]() |
| En Idris dan isteri juga telah mendapat sijil KampungStay, mereka mengusahakan homestay di Kampung Darat, Beseri. |
![]() |
| YAB Menteri Besar, Tuan Abu Bakar bin Hamzah mencuba makanan tradisi yang dipamerkan di majlis tersebut. |
![]() |
| Penyelaras Kluster Homestay Nakawan, En Johari bin Din menerima plak ASEAN Tourism Standard bagi pihak Homestay Nakawan Perlis |
![]() |
| Sebahagian pengusaha Homestay Nakawan Perlis bergambar dengan sijil masing-masing |
Thursday, June 11, 2026
Kafe Kupi Khfi di Gua Bukit Tau, Padang Lati, Beseri
Kunjungan ke Perlis tidak lengkap jika anda tidak berkunjung ke Kafe Kupi Kahfi yang terletak di dalam gua Bukit Tau yang unik ini.
Saturday, June 6, 2026
Jadual Pasar Malam dan Pasar Pagi di Perlis
JADUAL NAT, PASAR MALAM DAN PASAR TANI DI PERLIS
(Nat = Pasar Pagi)
Ahad
Nat Pokok Getah (Pauh)
Nat Mata Air
Nat Behor Lateh
Nat Kuala Perlis
Pasar Malam Titi Chai, Utan Aji
Pasar Tani Taman Sena Indah Kangar
Pasar Malam Balai Baru
Pasar Malam Kaki Bukit
Pasar Mlm Bintong
Isnin
Pasar Malam Abi
Nat Tambun Tulang
Nat Balai Baru
Pasar Tani Arau
Pasar Malam Jejawi
Pasar Malam Guar Sanji
Pasar Malam Kuala Sanglang
Bazaar UTC (pagi)
Selasa
Nat Pekan Simpang Empat Che Kassim
Nat Batu 2 Jalan Kaki Bukit
Pasar Malam Kuala Perlis
Pasar Malam Lubuk Sireh
Pasar Malam Bukit Keteri
Rabu
Nat Balai Baru
Nat Arau
Pasar Malam Kompleks DUN
Pasar Tani Seriab
Pasar Malam Kok Mak
Pasar Malam Tambun Tulang
Pasar Malam Bintong
Khamis
Pasar Malam Pauh
Pasar Malam Titi Chai Utan Aji
Nat Santan
Pasar Tani Pekan Simpang Empat
Pasar Malam Taman Melati Indah
Pasar Malam Batu Bertangkup
Jumaat
Pasar Malam Arau (Market Baru Arau)
Pasar Malam Titi Tinggi
Nat Behor Lateh
Pasar Malam Pekan Simpang Empat Che Kassim
Nat Pokok Getah Pauh
Pasar Malam Ngulang
Sabtu
Nat Balai Baru
Pasar Tani Taman Sena Indah Kangar
Pasar Malam Jejawi
Pasar Malam Semadong
Pasar Malam UTC
![]() |
| Suasana Nat Pokok Getah, Pauh |
Thursday, October 30, 2025
Menyantuni pelancong dari Poland
![]() |
| Miss Anna baru tiba dan check in di Chalet Mint |
![]() |
| Mencuba Kek Choklat, makan malam pertama kali di Malaysia |
![]() |
| Sempat posing di Terinai menikmati pemandangan Empangan Timah Tasoh |
![]() |
| Posing tepi kolam kedua bersebelahan Chalet Lavender, Mint, Yucca & Neem |
Wednesday, October 29, 2025
Abu Daniel Arabic Mandy- the best in Town.
Bagi pengunjung ke Perlis yang ingin merasakan keenakan Nasi Mandy pada harga yang berpatutan patut cuba ke Restoren Nasi Mandy Abu Daniel ini. Restoren ini sudah lama beroperasi dan menjadi pilihan kepada penduduk tempatan untuk makan tengah hari dan malam dengan cara yang cepat dan mengenyangkan. Menunya hanyalah Nasi Mandy Ayam dan Kambing, manakala minuman, ada disediakan teh arab dan teh pudina.
Laman Cafe yang unik dan murah
CHECK OUT OUR LODGING PRICE
Untuk ke sini, sila klik!

Wednesday, October 15, 2025
Welcome to Thailand
Lately there is trend for Malaysians to travel to Thailand during long holidays. In order to avoid traffic congestions at the border, you are to avoid from going there during school holidays. It is better for travelers to travel to Thailand during weekdays or weekends which is not during school holidays.
Make sure that have proper documents, car grant, travel insurance etc.
The next thing is, you have to fill in this digital form:
https://tdac.immigration.go.th
So enjoy your trip to Thailand, but don't forget to stay a night at our place before you go to the border the next day, early in the morning.
![]() |
Saturday, September 27, 2025
Warung Ida Sup Thai di Kg Oran (Kampung sebelah)
Bagi tetamu KTH Homestay & Chalet yang menginap dan ingin merasai menu authentic daripada Mata Ayer, anda boleh lah datang ke Warung Ida ini yang terletak di kampung sebelah, iaitu kampung Oran.
Menu yang dimaksudkan ialah Bihun Sup Pak Uih. Menu rare yang lain ialah masakan belut seperti Sup Belut, Belut Goreng Kunyit, Belut Padprik, Sup Kambing dan lain-lain lagi. Warung Ida ini terletak di tepi jalan dan dibuka bermula selepas asar sehingga jam 12 tengah malam.
Bagi pengkisahan Bihun Sup Pak Uih, ianya sangat terkenal di Mata Ayer ini. Bihun ini dimulakan oleh Pak Darus, atau terkenal dengan nama panggilan orang kampung sebagai Pak Uih yang berniaga bihun ini sekitar tahun 80an sehingga lewat 90an di Pekan Pokok Petai atau orang luar lebih mengenalinya sebagai Pekan Mata Ayer. Legasi Bihun Uih ini sekarang menjadi terkenal sebagai menu istimewa bagi penduduk sekitar Mata Ayer. Ianya juga boleh didapti di Nat Mata Ayer (Pasar pagi ahad di Pasar Peladang Mata Ayer), di Warung Pak Man Sate (Pokok Petai) dan di 2 tempat di Kampung Oran (termasuk Warung Ida ini).
Lokasi Warung (Klik)
Untuk menginap di Perlis (klik)
![]() |
| Antara menu yang rare |
![]() |
| Sup belut, bagi penggemar belut, ianya sangat menyelerakan. |
Thursday, September 25, 2025
Tuesday, September 2, 2025
Pasar Terapung JPS, Pengkalan Asam, Kangar
Pasar Terapung JPS Kangar kini beroperasi pada setiap Sabtu dan Ahad. Banyak aktiviti santai boleh dibuat bersama keluarga disini, antaranya melawat zoo mini, mengayuh sampan, bergambar dan lain-lain lagi.
Restoren Umbut Gulai Panas Malam- Jalan ke Kuala Perlis (tepi highway Changlun- K Perlis)
Sebuah restoren berhawa dingin terletak di tepi jalan highway menghala ke Kuala Perlis dan bertentangan dengan Kangar Jaya. Ia menyajikan hidangan tradisional melayu seperti pelbagai kari tulang, ikan, sotong, udang (atas permintaan pelanggan), ikan pekasam goreng, asam pedas rebus stail utara dan lain-lain lagi.
Restoren ini mula beroperasi dari jam 3 petang sehingga jam 10:30 malam.
Untuk menginap dengan kami di Perlis (klik)














.jpg)


































