Pages

Saturday, October 31, 2009

MENGAIL PUYU DI HOMESTAY MATA AYER (JUN-NOVEMBER)

Gambar2 yang dirakamkan adalah suasana waktu petang (Oktober) di kawasan sekitar Homestay Mata Ayer. Ikan2 liar yang boleh dikail ialah, kebanyakannya 'puyu', 'haruan' dan 'keli', namun kalau tak bernasib baik, ikan 'temekong' (ikan duri), tetapi dapat juga merasai keseronokan direntap ikan.




























Ketibaan musim hujan dan musim padi membesar sangat ditunggu-tunggu oleh kaki pancing.

Biasanya pada bulan Oktober sehingga pertengahan Disember setiap tahun. Pada ketika ini, musim hujan tengkujuh tiba, dan ikan mula membesar di sawah2 padi.

Mulai bulan Jun, ikan2 boleh dipancing, namun ianya tidaklah semeriah seperti di bulan Oktober sehingga Disember. Pada bulan Januari sehingga April, sawah2 di sekitar homestay Mata Ayer, mulai kering. Ini adalah baik untuk pesawah2 untuk menguruskan sawah mereka sebelum kedatangan musim hujan.

Kini, sistem perparitan di hadapan Homestay telah dibesarkan oleh pihak JPS untuk mempercepatkan lagi air dari sawah2 berhampiran mudah dialirkan keluar ke terusan yang menghubungkan Sungai Tambun Tulang, dan seterusnya ke laut di Kuala Sungai baru.

No comments:

Post a Comment