Saturday, September 27, 2025

Warung Ida Sup Thai di Kg Oran (Kampung sebelah)

 Bagi tetamu KTH Homestay & Chalet yang menginap dan ingin merasai menu authentic daripada Mata Ayer, anda boleh lah datang ke Warung Ida ini yang terletak di kampung sebelah, iaitu kampung Oran.

Menu yang dimaksudkan ialah Bihun Sup Pak Uih. Menu rare yang lain ialah masakan belut seperti Sup Belut, Belut Goreng Kunyit, Belut Padprik, Sup Kambing dan lain-lain lagi. Warung Ida ini terletak di tepi jalan dan dibuka bermula selepas asar sehingga jam 12 tengah malam.

Bagi pengkisahan Bihun Sup Pak Uih, ianya sangat terkenal di Mata Ayer ini. Bihun ini dimulakan oleh Pak Darus, atau terkenal dengan nama panggilan orang kampung sebagai Pak Uih yang berniaga bihun ini sekitar tahun 80an sehingga lewat 90an di Pekan Pokok Petai atau orang luar lebih mengenalinya sebagai Pekan Mata Ayer. Legasi Bihun Uih ini sekarang menjadi terkenal sebagai menu istimewa bagi penduduk sekitar Mata Ayer. Ianya juga boleh didapti di Nat Mata Ayer (Pasar pagi ahad di Pasar Peladang Mata Ayer), di Warung Pak Man Sate (Pokok Petai) dan di 2 tempat di Kampung Oran (termasuk Warung Ida ini).

Cara masak Bihun Uih (Klik)

Lokasi Warung (Klik)

Untuk menginap di Perlis (klik)



Antara menu yang rare

Sup belut, bagi penggemar belut, ianya sangat menyelerakan.

Tuesday, September 2, 2025

Pasar Terapung JPS, Pengkalan Asam, Kangar

 Pasar Terapung JPS Kangar kini beroperasi pada setiap Sabtu dan Ahad. Banyak aktiviti santai boleh dibuat bersama keluarga disini, antaranya melawat zoo mini, mengayuh sampan, bergambar dan lain-lain lagi.













Restoren Umbut Gulai Panas Malam- Jalan ke Kuala Perlis (tepi highway Changlun- K Perlis)

 Sebuah restoren berhawa dingin terletak di tepi jalan highway menghala ke Kuala Perlis dan bertentangan dengan Kangar Jaya. Ia menyajikan hidangan tradisional melayu seperti pelbagai kari tulang, ikan, sotong, udang (atas permintaan pelanggan), ikan pekasam goreng, asam pedas rebus stail utara dan lain-lain lagi.

Restoren ini mula beroperasi dari jam 3 petang sehingga jam 10:30 malam.

Untuk menginap dengan kami di Perlis (klik)






Friday, August 22, 2025

Experiencing locals' daily works

 It was in January 2025, when we have visitors from Berlin, Germany and we have brought them to a pineapple farm in Tunjong, Perlis. They get to know the local farmers activities, as such rubber trees tapping and they got experience planting pineapple shoots too.



Here is the footage..



Wednesday, August 20, 2025

Aktiviti air di Kampung Wai Kuala Perlis

 Kini, pengunjung ke Perlis boleh lah memilih pakej-pakej yang disediakan oleh Kelab Eco Pelancongan Negeri Perlis seperti dalam poster dibawah. Anda boleh terus menghubungi nombor telefon tertera untuk tempahan aktiviti.


Untuk menginap dengan kami di Perlis (klik)



Monday, July 21, 2025

Selamat datang ke laman web PPHM

Assalamualaikum dan salam sejahtera, selamat datang ke blog semua kluster homestay di Perlis. Klik pada logo PPHM





Tuesday, July 15, 2025

Welcome to Perlis

 Try our new blog (click)



✨ Welcome to Perlis – Malaysia’s Smallest State with the Biggest Charm!

Tucked beside Langkawi Island and sharing a border with Thailand, Perlis is a peaceful, culturally rich destination perfect for those seeking a unique travel experience.

🕌 Cultural Heritage
Home to a friendly, mostly Malay Muslim community, Perlis offers a glimpse into authentic village life, surrounded by paddy fields and traditional homes.

🏡 Affordable & Comfortable Stay
Enjoy cozy chalets or large-bed rooms from just MYR95/night, or relax in a 3-bedroom home for MYR200/night – ideal for families and groups!

🍛 Delicious Local Food
Savor traditional Malay dishes at incredibly low prices. A food lover’s paradise!

🌐 Modern Comforts in a Rustic Setting
Although serene and rural, Perlis is fully equipped with high-speed internet, banking services, and strong mobile connectivity.

🚗 Easy Access

  • From Thailand: Via Padang Besar, Wang Kelian, or Bukit Kayu Hitam borders.

  • From Langkawi: Ferry from Kuah Jetty to Kuala Perlis.

  • From KL or Penang: Take an electric train to Arau station.


Escape the crowds. Explore Perlis. Experience Malaysia’s best-kept secret.

Monday, July 14, 2025

SELAMAT DATANG KE UNIT RUMAH KAMI

KTH Homestay & Chalet ada menawarkan homestay berbentuk sebuah rumah 2 bilik dan 2 buah rumah 3 bilik. ianya sesuai untuk percutian bajet sambil merasai penginapan di dalam suasana desa. Bangun pagi dengan kokokan ayam dan azan Subuh daripada masjid As-Syakirin Oran, berdekatan. 
Bersiar-siar menikmati pemandangan pokok2 besar, ie pokok Petai, pokok Jambu, pokok Meranti Temak Perlis, pokok Kelapa, pokok Dokong, pokok Mangga Harumanis, pokok Mangga Sala dan lain2 lagi.


Berharga RM180 semalam - buka pintu belakang terus ke kolam renang.


Berharga RM200 semalam, Kolam renang sharing

 


Berharga RM200 semalam, Kolam renang sharing

Sunday, July 6, 2025

SELAMAT DATANG KE UNIT CHALET KAMI

 

KLIK DI GAMBAR UNTUK BOOKING


RM475 boleh dapat 5 buah chalet dan 12 Guests berkatil (atau 20 orang maksima)- kolam private



RM380 untuk 4 chalet 11 orang Guests (maksima 16 orang)- kolam share




RM190 untuk 2 unit chalet, termurah di pasaran, boleh dapat kolam private, pantry, dapur gas, rice cooker, peti ais besar dll

Thursday, July 3, 2025

Kursus Refresher Homestay Kedah dan Perlis

Bertempat di Seaview Hotel, Kuah, Pulau Langkawi, pada 28 sehingga 30 Jun 2025 yang lalu, pihak KTH Homestay telah menghadiri kursus Refresher Homestay 2025 anjuran MOTAC negeri Perlis. 

Pelbagai kemahiran dan ilmu yang diperolehi, antaranya, Bahasa Inggeris, Bahasa Jepun, susun atur bilik, kebersihan, keselamatan, Pelancongan Berteraskan Komuniti (Community-based Tourism @CBT) dan lain-lain lagi. Peserta juga dibawa melawat Program Pengalaman Homestay Malaysia - Kluster Homestay Pulau Tuba untuk belajar daripada pengusaha homestay yang telah berjaya. 

Terima kasih kepada Pn Cham Pa a/p Song, En Shahrizal bin Shaharudin dan semua pegawai dan staf daripada MOTAC Perlis yang membantu kami selama ini.

Untuk menginap dengan kami di Perlis (klik)








Saturday, June 28, 2025

Welcome Sam & Flo from England

 Recently, we have special guests, a couple from Great Britain, or specifically, from Nottingham (famous with Robin Hood). Sam Otis and Florence got a chance to explore Perlis, eating Harumanis manggo, and climb at Bukit K3 rock nearby.

To Stay with us in Perlis (click)

Have a tea break at Warung Harumanis Kampung Hutan Temin, just a 3 minutes walk from homestay.

Dinner at Chortiez Cafe, Kangar



Monday, June 23, 2025

11 Unit Chalet di KTH Homestay & Chalet

Unit-unit chalet di KTH Homestay & Chalet dilengkapi dengan penghawa dingin dan bilik air di dalam setiap chalet. Terdapat 11 unit chalet yang terdiri daripada 5 unit chalet berkatil Queen sahaja dan 6 unit chalet berkatil Queen dan Single. 

Setiap cluster chalet mempunyai pantry masing-masing. Tetamu boleh memasak dan menyimpan makanan di dalam peti ais di setiap pantry. Pihak KTH sangat mengambil berat keselesaan para tetamu yang menginap di sini.

Setiap unit chalet disewakan pada RM95 semalam. Untuk 'Private Pool' Kolam C, tetamu akan dapat 2 unit chalet berharga RM190 semalam. Untuk 'Private Pool' Kolam A terdapat 5 chalet (2 unit berkatil Queen & Single, 3 unit berkatil Queen sahaja) berharga RM475.

Untuk tempahan sila hub http://www.wasap.my/+60197299661


Bilik Chalet no 10, betul-betul depan kolam



Pantry & BBQ corner untuk Chalet 3 & 4


Pantry Chalet 1 & 2


Private Kolam C - 2 unit Chalet 

Private Kolam A - 5 unit Chalet




Pantry Chalet 5 & 6


Chalet berkatil Queen & Single.





Friday, April 11, 2025

Lanskap Bunga Matahari di KTH Homestay & Chalet, Mata Ayer

Untuk April sehingga Mei 2025, lama KTH Homestay & Chalet dihiasi dengan tema Bunga Matahari. Bagi pengunjung yng gemarkan berada dalam suasana flora, bolehlah menginap di sini dan bergambar dengan bunga-bungaan Ros, Marigold, Portulaca dan Bunga Matahari.

Klik di gambar untuk ke link tiktok




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...