Saturday, October 14, 2023

lawatan sambil belajar ke Langkawi Country Lodge

 Pada 13-15 Oktober 2023, pengusaha homestay Kluster Nakawan telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Langkawi Country Lodge (LCL) di Chenang, Langkawi. Seramai 13 orang peserta terlibat. Didalam sesi LSB ini peserta dapat belajar tentang penyediaan penginapan, pemasaran dan perkongsian pengalaman dengan pengusaha LCL sendiri. 

Banyak ilmu dan pengalaman dapat ditimba daripada sesi LSB ini. Moga2 peserta Kluster Homestay Nakawan dapat meningkatkan lagi mutu servis dan lebih dikenali di peringkat angtarabangsa.

Tekun mendengar taklimat oleh Pn Norhayati. 

Sesi perkongsian.

Pn Norhayati, owner LCL berdiri paling kiri, manakala suami beliau En Ahmad berbaju merah berdiri paling kanan.

Di dalam feri ke Pulau Langkawi.

Menunggu kenderaan untuk ke LCL

SINERGI BERSAMA PENGUSAHA PELANCONGAN PERLIS UNTUK MERANCAKKAN MISI TAHUN MELAWAT PERLIS

Pada 11 Oktober 2023, Rabu, bertempat di Dewan Warisan, Kangar, Perlis, Exco Pelancongan Negeri Perlis, YB Wan Badariah binti Wan Saad yang juga ADUN Mata Ayer, membentangkan strategi Tahun Melawat Perlis 2024-2025 semasa Majlis Libat Urus YAB Menteri Besar Perlis Bersama Pengusaha Rumah Sewa Pelancongan (Homestay) dan Pengusaha Restoran Negeri Perlis Sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025 petang tadi di Dewan Warisan, Kangar.

Majlis ini mengumpulkan para pengusaha homestay dan restoran bagi menyampaikan hasrat dan perancangan pihak kerajaan negeri untuk menyokong misi TMP 2024-2025.

Diharapkan Tahun Melawat Perlis kali ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan kerjasama yang kukuh daripada semua pihak.


Terima kasih MB YAB Mohd Shukri bin Ramli menyampaikan placard Tahun Melawat Perlis 2024 kepada pengurus KTH Homestay & Chalet.

Sesi bergambar deengan semua pengusaha pelancongan Perlis

Berpeluang ambil gambar dengan YAB MB dan YB Exco Pelancongan

YB Exco Pelancongan menyampaikan taklimat



 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...