Pages

Tuesday, October 18, 2022

Meronda di Empangan Timah Tasoh

    Pengunjung ke Perlis dapat bersiar-siar di dalam Empangan Timah Tasoh melalui perkhidmatan bot sewa yang disediakan diSanctuary Ikan Air Tawar ini. Dengan kadar sewaan yang sangat berpatutan (sewaan harga Perlis) Pengunjung akan dibawa ke sudut Empangan yang cantik untuk diambil gambar. 

    Perjalanan menaiki boat ini adalah selama 30 minit, dan anda pastinya akan merasai perjalanan seperti memasuki taman jurasic, kerana pengunjung dapat melihat kawasan sekeliling empangan berlatarbelakangkan Bukit Chabang yang tersergam indah, Bukit Manik dan Banjaran Nakawan tanpa sedikit pun kelihatan apa-apa struktur binaan moden di sekitarnya. Bagaikan anda berada di set pengambaran filem King Kong..

 Untuk maklumat lanjut, hubungi 011-5760 0702


Sanctuary Ikan Air Tawar, Empangan Timah Tasoh.

 

Pelantar bot di bahagian Sanctuary Ikan Air Tawar

Tapak perkhemahan juga disediakan

Panduan spesis ikan air tawar

Bot pelancong sedang memulakan perjalanan.

Tasoh Lake Resort dari pandangan dalam tasik.

Sudut yang lain, pemandangan Tasoh Lake Resort.

Kami bertemu dengan nelayan tasik yang sedang menarik pukat.

Pemandangan menakjubkan

Pemandangan Bukit Chabang dan tumbuhan air berbunga kuning.

Pemandangan Bukit Manik dari dalam empangan.

Bot meninggalkan pangkalan

Pelantar bot dan sangkar ikan.

Gerai2 yang menjual pelbagai juadah ada di sini.


Pengunjung boleh memberi makan ikan2 yang diternak di sini.

No comments:

Post a Comment