Friday, September 30, 2022

Dapo Kita cafe in the heart of Kangar.

A unique restaurant that we can give a try is Dapo Kita. It situates behind Federal Building (Bangunan Persekutuan) and the route to this place is by entering Taman Fauziah (near Kangar roundabout). It's been ran by En Mohd Shalim bin Ahmad, former Cruise Chef who has used all his experience in serving many types of people including the high rank of the UK elitists and the layman.












 

Monday, September 26, 2022

Pasar Terapung Kangar, Perlis

Pasar Terapung di Denai Larian, Pangkalan Asam, Kangar adalah tempat yang patut dikunjungi bagi pelancong yang datang ke Perlis. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini bersama keluarga. Antaranya berkayak, mengayuh sampan bersama keluarga, memberi makan ikan dan arnab di pulau-pulau di tengah-tengah tasik, dll.

Pengunjung juga boleh membeli pelbagai juadah dan barangan yang dijual di dalam sampan-sampan di pinggir tasik. 

Sampan2 jualan terletak di pinggir tasik.


Kawasan Pasar Terapung terletak di dalam kawasan Jabatan Parit dan Saliran (JPS), Perlis


Salah sebuah pulau di kawasan tengah tasik.

Aktiviti kayak dan kayuh sampan.

Suasana Pasar Terapung dengan disediakan payung dan meja untuk pengunjung menjamu selera..


Suasana yang damai dan cantik




Pulau-pulau kecik di tengah tasik

Friday, September 23, 2022

11 Unit Chalet di KTH Homestay & Chalet

Unit-unit chalet di KTH Homestay & Chalet dilengkapi dengan penghawa dingin dan bilik air di dalam setiap chalet. Terdapat 11 unit chalet yang terdiri daripada 5 unit chalet berkatil Queen sahaja dan 6 unit chalet berkatil Queen dan Single. 

Setiap cluster chalet mempunyai pantry masing-masing. Tetamu boleh memasak dan menyimpan makanan di dalam peti ais di setiap pantry. Pihak KTH sangat mengambil berat keselesaan para tetamu yang menginap di sini.

Setiap unit chalet disewakan pada RM95 semalam. Untuk 'Private Pool' Kolam C, tetamu akan dapat 2 unit chalet berharga RM190 semalam. Untuk 'Private Pool' Kolam A terdapat 5 chalet (2 unit berkatil Queen & Single, 3 unit berkatil Queen sahaja) berharga RM475.

Untuk tempahan sila hub http://www.wasap.my/+60134429661


Bilik Chalet no 10, betul-betul depan kolam



Pantry & BBQ corner untuk Chalet 3 & 4


Pantry Chalet 1 & 2


Private Kolam C - 2 unit Chalet 

Private Kolam A - 5 unit Chalet




Pantry Chalet 5 & 6


Chalet berkatil Queen & Single.





Monday, September 19, 2022

Rumah Kupi suatu keunikan di Mata Ayer, Perlis

Rumah Kupi ialah sebuah cafe yang menghidangkan menu Kopi Brew dan beberapa menu Pastry, Western dan Traditional. Cafe ini di buat di dalam sebuah rumah kayu lama yang telah diubah-suai dengan cantik dan mempunyai laman parkir yang luas. Jarak dari KTH Homestay & Chalet tidak sampai 1 km sahaja. Para tetamu yang datang melancong ke Perlis tidak lengkap jika tidak cuba suasana tenang sambil menghirup kopi di cafe ini.

Waktu Operasi ialah dari jam 1:00 petang sehingga jam 10:00 malam. Ahad tutup.

Rumah Kupi dalam media yang lain - Utusan Online

PENGINAPAN MURAH, SELESA + KOLAM RENANG di PERLIS- KLIK SINI


Kaunter ambil pesanan

Ruang tamu rumah lama yang dijadikan ruang rehat dan makan.



Rumah kayu yang dijaga rapi.





Hidangan yang membuka selera.

Kopi Brewing yang membuatkan pelanggan rasa nak lagi.

Friday, September 9, 2022

Night llife in Mata Ayer Town

There many facilities at Mata Ayer town. Our guest can get fruits, foods etc. There are Seven Eleven and 24/7 self-service laundry too. The numbers of restaurants are also there, the famous of all are Capati Power Mata Ayer and Rumah Kupi.


Mr Lukasz from Poland and Mdm Pascale from France were exploring the night life at Mata Ayer Town.

More photos click here

Warung Pelbagai Kuih Juadah Petang di Warung Kuih Kak Mah - Teh Ais Sedap

    Bagi pengunjung ke Perlis yang ingin mendapatkan juadah kuih muih dan makanan ber'pek', anda boleh dapatkan di sini. Gerai ini terletak bersebelahan Masjid Muhammadi Sungai Adam Jejawi. Gerai ini beroperasi dari jam 10 pagi sehingga jam 6 petang pada setiap hari. Goreng pisang dan cucur badak adalah pilihan kebanyakan pelanggan di sini. 

Review dari pelanggan - https://goo.gl/maps/37Z8JWGjP4SWeozE8

PENGINAPAN MURAH, SELESA + KOLAM RENANG di PERLIS- KLIK SINI










Thursday, September 8, 2022

Masakan Ayam Panggang Sarawak di Utara

Kedei Manok Tunok atau dalam bahasa melayunya Kedai Ayam Panggang terletak di persimpangan jalan lama Changlun dan Highway Kuala Perlis ke Changlun, Kedah. Kedai yang telah dimulakan sejak tahun 2004 mengekalkan menu tradisi orang Iban, Sarawak iaitu Pansuh (sup yang dimasak di dalam buluh) dan Manok Tunok (ayam panggang). 

PENGINAPAN MURAH, SELESA + KOLAM RENANG - KLIK SINI

Mudah kelihatan dari jalan besar.
 

Mak Tam yang peramah dan sentiasa ceria sudi melayan pelanggan. 


    Pengurus dan pemilik bersama yang hanya mahu dikenali sebagai Maktam sudi berkongsi serba sedikit tentang menu masakan yang unik ini. Antaranya masakan sup atau 'pansuh' yang dimasak di dalam buluh, memerlukan sekurang-kurangnya 2 sehingga 3 jam, 'Manok Tunok' atau ayam panggang menggunakan kayu cenerai dan bukannya menggunakan arang. Oleh kerana itu, pengunjung yang hendak menikmati Pansuh ayam atau daging kena datang jam 12 tengah hari ke atas. Restoran ini memulakan operasi dari jam 10 pagi seingga 5 petang setiap hari. 

Ayam panggang dan pansuh @sup buluh yang dimasak bersebelahan.

Kayu api dari pokok cenerai

Ayam disalai dengan asap kayu cenerai.


    Bagi pengunjung yang datang awal, mereka bolehlah menikmati nasi ayam yang menggunakan ayam yang dipanggang dan disalai dengan menggunakan kayu cenerai yang dibeli khas dari pembekal kayu-kayu hutan dari daerah lain. Masakan pansuh juga menggunakan buluh hutan yang lebih tebal.

Pansuh daging yang sedap dan sedikit pedas.

MAnok Tunok atau ayam panggang kayu api, sangat menyelerakan.


Menurut Maktam lagi keunikan masakan pansuh ini tidak terdapat di tempat lain di semenanjung Malaysia kecuali ada sebuah restoran yang menghidangkan menu yang lebih kurang sama di Dengkil, Selangor.

Review dari lama lain.. http://ataspagar-ataspagar.blogspot.com/2012/01/ayam-yang-sedap-kedei-manok-tunok.html




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...