Antara aktiviti menarik di Perlis jika anda berkunjung ke sini ialah, menyewa boat dari Jeti Tok Kuning kemudian menyelusuri sungai Perlis hingga ke Kuala Perlis. Ianya suatu aktiviti yang menarik untuk melihat kawasan pinggir laut yang tenang dan suasana kampung nelayan yang masih belum di terokai oleh pelancong.
Kadar sewa boat sehingga artikel ini ditulis ialah RM500 sehari untuk boat berkapasiti 10 orang.
Aktiviti mencandat sotong sehingga ke malam |
Mencandat sotong bila dah sampai ke lokasi berdasarkan panduan GPS |
Kemudahan menyewa boat disediakan untuk tujuan bersiar-siar - hubungi En. Jat 019-5112551 |
Masing-masing tidak sabar untuk sampai ke lokasi |
Ketibaan di Kuala Perlis, dapat melihat rumah-rumah nelayan dan jambatan ke Seberang Ramai, suatu suasana yang menarik |
Sotong yag dapat |
Alatan Sonar digunakan untuk mengesan kehadiran ikan atau sotong. |
Dalam perjalanan dapat melihat Feri kenderaan Langkawi - Kuala Perlis |
Kelihatan Masjid Terapung Kuala Perlis, Masjid Al-Hussein. |
Memasang lampu di boat untuk tarik perhatian sotong. |