Pages

Saturday, February 1, 2014

Wang Kelian, Perlis ke Pakbara, Satun, Thailand

Peta ringkas Satun

Artikel kali ini ingin berkongsi pengalaman kami melawat ke wilayah selatan siam yang berjiran dengan negeri Perlis, iaitu Satun, Thailand. Pintu masuk sempadan antarabangsa ke sini ialah melalui Wang Kelian, Kaki Bukit, Perlis.

Wilayah Satun terletak sebelah barat Songkhla, Thailand. Antara kelebihan perjalanan darat ke Phuket melalui Wang Kelian Perlis, Trang, Pathalung, Krabi, Phuket ialah kita dapat jimatkan jarak perjalanan hampir 100km.

Fakta yang lain, wilayah Satun merupakan kembar negeri Perlis, yang mana ramai orang Perlis yang mempunyai saudara mara di sana dan bertutur dialek Perlis. Ramai orang melayu yang tinggal di sana dan masih tidak dapat menguasai bahasa Thai, seperti contohnya di kampung Tanjong Pauh, Satun.

Jika anda inginkan sesuatu yang baru, bolehlah 'explore' sebelah sini pula yang selamat dari bom (insyaAllah), & border yang tidak sesak macam di Bukit Kayu Hitam.


Pondok imigresen Thailand di Wang Kelian

Kalau tak sempat beli insuran kenderaan siam, boleh beli kat sini, info centre


Signboard aluan ke Satun, di pasar Wang Kelian & Wang Prachan, Thailand



Jalan menuruni bukit dari
pintu sempadan ke Satun 

Selepas menempuh perjalanan sejauh hampir 60 km, akhirnya kami tiba di Pakbara Pier, port untuk ke pulau2 tropika sekitarnya. 

Tiket feri boleh beli kat sini, kalau nak ke Pulau Langkawi dari sini pun boleh.

Peta pulau2 sekitarnya

Jadual perjalanan feri & speed boat

Ni Jeti feri di Pakbara Pier

Feri dan bot yang menunggu pelancong untuk aktiviti 'island hopper'
Salah sebuah resort cantik yang menghadap pantai

Chalet lain yang agak jauh dari pantai, tetapi murah kadarnya- lebih kurang RM50 semalam

Pantai di Pakbara

Chalet tepi pantai yang diperbuat daripada buluh dan dilengkapi 'aircond'

Resort yang dihiasi cantik dan di seberang jalannya ialah pantai

Chalet lain yang murah dan mengadap laut

Restoran masakan thai muslim di tepi pantai
Hmm.. enaknya- macam2 masakan thai disajikan di dalam pondok2 buluh di tepi pantai

Sebuah lagi resort milik muslim Satun Thai

Pantai yang landai- kena tunggu air pasang dulu baru boleh mandi

Resort unik yang dibina mengelilingi sebuah kubang/ kolam

Restoran juga dibina di atas kolam

Sempat posing di beranda dari luar pintu belakang bilik

Suasana di sebuah bilik chalet yang dikunjungi

Sebuah lagi resort cantik di tepi jalan besar Satun ke Pakbara

Chalet2 dibina dengan senibina yang sangat unik

Bentuk laman di resort2 Pakbara sangat dititik beratkan

Tesco Lotus yang besar hanya 20 km dari pintu sempadan Wang Kelian

Persimpangan Wang Prachan dan ke Wang Kelian

3 comments:

  1. Salam.. selain drpd tempat kt atas.. ade lagi tak tempat yg mnarik kt area satun.. Plan to visit that area dgn family

    ReplyDelete
  2. Salam..dari perlis kesatun..macamana nk kesana..guna bas atau teksi...dan berapa tambang ke satun....tk

    ReplyDelete
  3. Oh boleh beli insurans di border Wang Kelian jugak ye. Tq for info !

    ReplyDelete