Pages

Saturday, September 8, 2012

Aidilfitri 1433H di Masjid As-Syakirin, Oran (Masjid Kubah Hitam)

Bagi tetamu yang menginap di rangkaian homestay kami pada 1 syawal 1433H yang lalu, kami mengucapkan selamat hari lebaran dan semoga Allah menerima amalan tuan/puan dan amalan kami sepanjang Ramadhan yang lalu. Berikut adalah gambar suasana berhari raya di Masjid As-syakirin, Oran, Mata Ayer, Perlis atau tetamu selalu diberi gambaran masjid berkubah hitam.

Jemaah yang hadir bersolat sunat hari raya, melimpah sehingga ke tempat parkir.

Selepas solat dan Khutbah Hari Raya, kanak2 lah yang paling riang, beratur untuk mendapatkan duit raya dari Tok Imam, Ustaz Ya'ali bin Dahaman dan Isteri.

Tradisi menziarahi perkuburan saudara mara bagi anak2 perantau yang pulang berhari raya.

Jambatan baru melintasi rel keretapi Singapura- Bongkok- kalau nak ke homestay KTH, tetamu akan menyusur ke tepi jambatan (jangan naik atas jambatan- nanti sampai ke Padang Besar pula)

No comments:

Post a Comment