Sunday, January 15, 2012

Perjalanan ke Phuket melalui Padang Besar

Catatan perjalanan ke Phuket, Thailand  tempoh hari  bersambung dalam posting ini.
Jalan ke Padang Besar melalui ladang tebu Chuping. Awal2 pagi nan hening dan damai...


Bandar Padang Besar masih lengang, namun dah banyak restoran2 kecil dibuka untuk breakfast.

'Money changer' pun dah buka dalam jam 7 pagi, tetapi pintu kecil je lah... 
Agensi insuran biasanya buka jam 9 pagi, tetapi pagi tu, kami terpaksa telefon minta tolong buka awal. Tapi owner nya ok, mesra pelanggan, siap bagi tip perjalanan ke sana, sebab kami pun first time ke sana...
Suasana di pusat imigresen Thailand, lengang tak macam kat Bukit Kayu Hitam, jenuh berbaris...


























Lepas chop pasport, bawa insuran kenderaan kita yang nak ke Thailand ke both ni untuk buat 'custom decralation. Jangan tak buat nanti kena roadblock kat Thailand.
Sebelum nak masuk Thailand, isi dulu minyak penuh2, harga kat sana ikut harga pasaran dunia... tuan/puan nilailah sendiri...
 
Dalam perjalanan ke Phuket, melalui Phattalung yang terkenal dengan Nenas- variety Sarawak.

Singgah sebentar di stesen minyak Shell.

Penat memandu, berhenti sebentar tengok2 barang kraftangan Thailand. Ramai juga penjual dikalangan muslim.


Kedai 7-Eleven banyak kat 'R&R' di sini. Minuman yang selalu dibeli- susu kotak Foremost... sedap juga & saiz pun lebih besar dari yang kat Malaysia.

Banyak pokok kurma yang ditanam untuk hiasan, Malaysia patut contohi...
Tandas pun ada kebudayaan Thailand tersendiri
Lagi 180 km ke Phuket, kami melalui Phang Nga yang banyak gua batu kapur
Signboard aluan dan penerangan ringkas tempat2 menarik (wisata) apabila masuk ke wilayah tertentu.
Akhirnya tiba di Phuket selepas perjalanan hampir 10 jam... huih letih2. Cari restoran muslim kat depan masjid sebelum sampai ke pantai Patong. Lepas makan baru cari hotel pulak...



Kategori: Activities - Aktiviti melepasi Sempadan-  Phuket melalui Padang Besar.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...