Sunday, December 18, 2011

Dari Phuket ke Padang Besar, Perlis (transit di Krabi)

Perjalanan jauh dari Pulau Phuket- Phang Nga- dan kini sampai ke Krabi. Kami tidak singgah bermalam, cuma sempat berhenti solat dan makan malam sambil meninjau panorama keindahan pantai dan bandar pelancongan Krabi (anak saya selalu bertanya dalam kenderaan-'Are we there yet? to Krabi Patty?) 3 jam perjalanan dari Phang Nga, Thailand.

Jalan ke Krabi, pihak berkuasa membiarkan pokok2 balak sebesar 7 ke 8 pemeluk menghiasi jalanrayanya, sangat cantik dan takjub tengok pokok2 sebesar tu...
Signboard Krabi
Singgah solat Asar dulu, banyak masjid di Krabi, tetapi tidak banyak kalau dari Hatyai- Pathalung dan Trang.
Masjid besar Krabi, ramai umat Islam di sini, tetapi tidak ramai yang tahu berbahasa Melayu.
Pantai fosil yang popular dalam senarai lawatan, bagi yang minat era dinasour tu bolehlah ke sini. yang tercari2 pantai yang cantik untuk bersantai, jangan haraplah....
Bilik pameran dan info di pantai fosil, di sini ada banyak fosil dari pra-sejarah, tak pasti pulak sama ada trilobite pun ada kat sini.... sebab kami tak masuk, tak cukup bajet...
Kedai2 kecil tetapi dihiasi cantik di sepanjang pantai Krabi, ramai juga pendatang dari Pakistan yang tahu berbahasa Inggeris dan pernah bekerja di Malaysia berniaga di sini.
Puan Liza tak melepaskan peluang mengambil gambar matahari terbenam di pantai Aonang, Krabi ni.
Inilah pantai Aonang, Krabi, punyalah banyak Mat Saleh, "kalau ambil gambar mesti ada diorang kat dalam gambar" eh yea ke? Ke purposely?.... hi hi hi... (tu anak2 kami bermain kat tepi pantai sana sebagai background gambar ni..)
Keluar sikit dari Krabi, kami jumpa sebuah Restoran milik Puan Shareefah, boleh speaking dengan dia untuk order menu pilihan dan modification, sebab rindukan masakan Malaysia...Lepas tu kami teruskan perjalanan ke Trang, Pathalung dan Hatyai, Songkhla.







1 comment:

  1. bgossss...cam menarikkk jerrrr...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...