Baru-baru ni kami berpeluang menjamu tetamu yang datang ke Negeri Perlis sempena cuti sekolah hujung tahun, Disember 2011. Lokasi kedai2 ikan bakar di sepanjang pantai depan hotel Brasmana, Kuala Perlis menjadi pilihan. Dan menjadi rezeki kepada tetamu kami tersebut ialah terdapat 'belangkas' dan siput 'mentarang'. 'Belangkas mungkin sudah agak biasa di mana2 pun tetapi siput 'mentarang' hanya terdapat di pantai barat (kawasan pantai berlumpur) dan bergantung kepada musim.
Hidangan istimewa,
'belangkas' bakar, sambal siput
'mentarang' dan sotong masak asam.
Nii.. lah rupa '
belangkas' yang dah dibakar, siap dengan sambal, yang kat atas tu, siput 'mentarang' dimasak sambal
Nii.. lah rupa telur
'belangkas' bagi yang tak pernah merasa telur belangkas, inilah peluangnya...
Jangan salah faham, kita makan telurnya sahaja tau....
Terima kasih En. Firdaus b Yaacob, pengamal undang2 dari Seremban dan sahabat baik beliau En. Johanis kerana sudi menjadi tetamu kami pekena 'ikan bakar' kat Kuala Perlis ni... Ni first time En. Firdaus makan telur 'belangkas' dan 'mentarang'-
mano nak dapek kat seromban nun..
djoe ni pantang ajak makan free.dulu kini selamanya...
ReplyDeleteclick link utk info bantuan RM500 bajet 2012
http//nelzstyle.blogspot.com