Thursday, May 26, 2011

Taman Anggur Perlis

Setelah ternanti-nanti, akhirnya orang ramai dapat melawat dan membeli anggur2 yang di tanam di Perlis yang dijual secara rasmi. Terletak di Batu Pahat, Perlis, Taman anggur ini mengalu-alukan kunjungan orang ramai. Terdapat pusat jualan berhampiran pondok pengawal keselamatan dan pengunjung boleh bersiar-siar di tempat yang ditetapkan sahaja sambil mengambil gambar.


Sempena cuti persekolahan selama 2 minggu ini, bolehlah datang ke Perlis- ketika ini masih boleh merasai mempelam Harum Manis dan buah anggur juga banyak yang sudah masak. Kalau nak ke Langkawi atau Phuket singgah dulu ke Perlis.



Pengunjung juga berpeluang untuk melawat Istana Arau pada setiap Sabtu, atau Sabtu malam untuk saksikan keindahan lampu2 sempena hari keputeraan Tuanku Raja Perlis pada 17 Mei 2011 yang lalu.



Pintu masuk ke taman anggur


Orang ramai yang singgah ke pusat jualan buah anggur



Pejabat penerangan dan jualan anggur




Petugas yang menjual anggur, Cik Nana (pegawai Jabatan Pertanian Perlis). Dalam peti ais tu anggur2 yang dijual.





Kawasan legar untuk pengunjung melihat pohon2 anggur dan bergambar.



Pengunjung bersantai di bawah rimbunan anggur.




Buah2 anggur yang masih putik, tetapi banyaknya berjuntaian di atas para penyokong.



Memang untuk dijual. Harganya boleh tahan.


Salah seorang pelancong dari Ipoh, Perak sambil memegang buah anggur terakhir dari peti ais... hmmm.... blogger sendiri pun kempunan tak sempat beli.

TIPs:-

a. Ada pengunjung yang komen, pakcik guard di tempat ni tak mesra pengunjung- mungkin beliau keletihan sebab pengunjung yang ramai.

b. Gate atau palang besi yang sentiasa tertutup, macam tak buka je - palang besi tu sentiasa tertutup, mungkin untuk elakkan pengunjung bawa masuk kenderaan ke pusat penyelidikan Jab. Pertanian Negeri Perlis, nanti tak terkawal pula. Tuan/puan boleh memarkirkan kenderaan di bahu jalan, lepas tu pegi bagi salam kat pakcik guard, buat2 teruja sikit (baru diaorang nak layan), lepas tu tanya kat mana pejabat info Jab Pertanian dan tempat jualan anggur.


Ok semoga berjaya....





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...