Pages

Saturday, May 14, 2011

Malam yang gemerlapan di Perlis

Sempena sambutan hari Keputeraan Raja Perlis pada 17 Mei 2011 ini, sebanyak 41 acara akan mewarnai sambutan hari keputeraan ke-68 Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, di 17 Mei ini.






Terdapat 12 acara utama dan 29 acara sampingan yang akan berlangsung mulai bulan ini sehingga Jun.
-sumber bernama.

Pengunjung ke Perlis boleh dapatkan pelbagai acara yang berlangsung dari laman

http://www.perlisroyalty.gov.my/bm/terkini/sam2.pdf
http://www.perlisroyalty.gov.my/bm/terkini/sam2.pdf
Berikut ialah gambar2 sempena sambutan hari keputeraan Raja Perlis.








Mercu tanda replika bunga emas di tepi jalan besar dari Kangar ke Arau.











Balai diRaja depan Istana untuk majlis istiadat.












Jalan dari pagar Istana ke premis Istana dipayungi dengan lampu warna-warni.









Beberapa orang pengunjung mengambil gambar kenang-kenangan di depan pintu Istana.









Pintu pagar Istana Arau menjadi tumpuan penduduk sekitar setiap malam bermula 13 Mei lalu yang mana mereka tidak pernah melihat kemeriahan dan keindahan dekorasi lampu yang mewah sebegini.










Pelawat yang mengunjungi Perlis boleh bersantai dan mengambil gambar di pagar Istana Arau yang dihiasi bagaikan I-City di Shah Alam (pada waktu malam sebelum jam 12 pagi)- tetapi yang ini percuma. Kelihatan pokok2 rhu yang tinggi2 di perkarangan Istana, yang juga dihiasi dengan lampu2 LED. Memang meriah sambutan kali ini! Lampu2 LED di tepi sungai Arau, belakang istana juga menarik.









Jambatan JPS merentangi sungai Arau dihias cantik. Kedudukan, di belakang Istana




Ruang pejalan kaki di tepi sungai Arau juga dihias cantik. Semoga tiada yang kena cekup khalwat pula kat sini...













Pagar Istana Arau dihiasi dengan lampu limpah dan ruang pejalan kaki yang bercorak.








Tugu sambutan yang juga baru siap dan diterangi dengan lampu limpah terletak di tengah2 pembahagi jalan sempena sambutan tersebut.

Sempena dengan Konvokesyen UiTM Arau dan pendaftaran UiTM, Arau dan juga cuti umum Wesak pada 17hb Mei ini, Perlis akan menjadi lebih meriah dengan kehadiran tetamu2 dari luar.

No comments:

Post a Comment