Pages

Friday, December 31, 2010

Selamat datang 'Winter Wind' - Jan-Apr

Perlis yang terletak paling hampir dengan 'Garisan Jadi' (garis lintang yang menandakan kedudukan Matahari tegak yang paling jauh ke selatan) akan menerima 'Winter Wind'. Peristiwa ini berlaku hanya sekali dalam tempoh setahun, iaitu ketika solstis Disember di mana hemisfera selatan Bumi paling condong ke arah Matahari. Tempohnya juga dikenali dengan Monsun Tropika dan "WINTER WIND" (Angin Monsun Timur Laut dari Teluk Siam).

Biasanya Suhu (21-32 darjah celcius) dan ketika inilah penduduk Perlis akan menghadapi Musim Kering (Jan-Apr) manakala Musim Hujan pada Mei sehingga Disember.

Aktiviti yang biasa dilakukan oleh masyarakat tradisional Perlis ialah seperti pertandingan Wau dan ketika inilah musim menuai dilakukan. Tetapi kini akibat amalan pertanian moden, musim menuai sudah tidak semeriah dulu- dimana padi yang dituai akan diayak dan ditampi ditengah padang dengan bantuan dari 'Angin Timur' atau 'Winter Wind' ini.

Bandar Kangar bersuhu bawah 26 'Celcius pada jam 10 pagi

lagi artikel tentang 'winter wind'

No comments:

Post a Comment