Pages

Friday, October 29, 2010

Twister dasyat di Mata Ayer Homestay

TANGGAL 28 OKTOBER 2010, 5 PETANG.

Puting beliung yang terbentuk sedang bergerak dari timur ke arah Tmn Sri Lanchang, sebelum berhenti dan naik ke atas. Alhamdulillah pendek sahaja laluannya.

Keadaan padang SMK Syed Sirajuddin, dengan sisa2 ribut.

Taman Sri Lanchang dari padang SMK Syed Sirajuddin. Kelihatan Homestay Sri Lanchang yang mengalami kerosakan di bahagian porch dan ruang tamu.

Kedai restoran, bengkel kereta dan bengkel cuci kenderaan yang musnah teruk, hatta van securiforce yang sedang diparkir juga terbalik.


Pada 28 Oktober 2010, lebih kurang jam 5 petang, suatu ujian besar dari Allah SWT telah berlaku di sekitar Alor Lanchang, Jejawi, Perlis. Suatu puting beliung yang sangat kuat tel;ah melanda kawasan tersebut dan mengakibatkan banyak kemusnahan. Dengan ucapan "innalillahi wainna ilaihi raaji'un" pihak pengurusan juga bersyukur kerana kerosakan pada unit homestay MAH, berjaya dipulihkan dengan cepat.

Pihak pengurusan sangat bersimpati dengan jiran2 dari kawasan kejiranan terdekat. Banyak kerosakan yang berlaku dan viewers boleh nilai sendiri bertapa kuatnya ribut tersebut berdasarkan gambar2 yang di"upload" kan.


Pihak Pengurusan bertindak pantas, memindahkan tetamu, Pn Ng sekeluarga dari Sarikei Sarawak yang menginap di tingkat bawah homestay ke Homestay KTHB pada jam 7 petang hari yang sama. Seawal pagi 29 Oktober 2010, pasukan penyenggaraan rangkaian http://homestayperlis.blogspot.com/ yang diketuai oleh En. Nazri bin Mat (017-4717048) bertungkus lumus membaiki kerosakan bumbung dan dalaman, demi untuk menyambut tetamu Konvokesyen UUM pada 30 Oktober pada keesokan harinya. Ketika posting ini ditaip, Alhamdulillah, MAH telah berjaya disiapkan sepenuhnya, dan merupakan antara rumah yang rosak teruk, pertama pulih seperti biasa dan bersedia beroperasi walaupun jika ada tetamu pada jam 11.11 malam ini (29 Oktober).


Setinggi2 penghargaan kepada:-
1. Pasukan penyenggaraan homestay.
2. Begitu juga rakan2 perniagaan seperti Rosidi (kereta sewa) yang datang memberi sokongan moral seawal jam 8.30 pagi 29 Oktober.
3. Cikgu Mansur operator Homestay TSL, walau 3 buah unit homestay beliau juga terlibat.
4. Pihak keselamatan yang datang membantu mengawal kebanjiran penduduk setempat menyaksikan kemusnahan yang berlaku.
5. Pak Mid kontraktor, jiran MAH yang mengangkut atap dari gudang TKH Northern Hardware Ent.
6. En. Rosli, pendaftar UNIMAP yang berjiran dengan MAH.
7. Imran kontraktor, jiran sebelah utara MAH yang membantu mengawal keadaan pada malam 28 Oktober.
8. Sdr. Abd Munir bin Saad, AJK ABIM Negeri Perlis.
9. Dato' Azihani binti Dato' Ali, Makcik Lazman Halim (rakan alumuni SAS) yang memberi sumbangan kewangan dari ahli2 politik (MP dan ADUN).
10. pihak YPK, terutama pengerusinya Dato Seri Shahidan Kassim, yang memberi sumbangan kewangan untuk mangsa ribut taufan.
11. Pasukan Mata Ayer Pineapple Ent. yang diketuai oleh Mohd Zakir bin Suhaimi membantu mengalihkan perabot2 yang basah di tingkat atas homestay.
12. Kumpulan Usrah Masjid As syakirin, Zulfadhli dan Zulkifli
13. Tn Hj Mat Isa bin Saad sekeluarga.

14. Cikgu Kahirul Anuar, penyumbang gambar ribut di posting ini.
15. Tuan Alif dari balai polis Arau, yang mengambil repot.
16. Pn Asliza dari JKM yang datang membuat bancian.
Catatan peristiwa yang sama, sila klik di bawah:-

No comments:

Post a Comment