Monday, July 19, 2010

Kampung Hutan Temin Guesthouse (21J)

Homestay 21J dan 21H adalah terdiri daripada rumah semi-D yang terletak sebelah menyebelah.

Suasana kampung dan berdekatan dengan sawah padi merupakan kelebihan kepada tetamu rumah ini. Terdapat kedai runcit dan restoran yang berdekatan. & 7Eleven hanya 1 km dari homestay.

Lokasinya juga strategik, iaitu di belakang Nat Mata Ayer, Berdekatan dengan Kafe Rumah Kupi, Ngulang Kopitiam dan restoran viral Pokok Sawa, berdekatan dengan Uitm Arau, Pusat Matrikulasi, IPG Kangar, Kolej jururawat, Unimap dll. Hanya 15 minit ke bandar Kangar, 10 minit ke Arau, 30 minit ke Padang Besar dan 20 minit ke Kuala Perlis. 5 minit ke pusat rekreasi Tasik Melati.  Lagi tempat yang menarik di Perlis

Kemudahan: 3 buah bilik (2 buah berhawa dingin) yang terdiri daripada 4 buah katil bujang, 2 katil Queen, toto RM15 seunit. 2 buah bilik air. Ada mesin basuh, kettle, iron, TV dll.



21 H & 21 J berkedudukan bersebelahan antara satu sama lain.


Ruang Tamu 

Dapur yang luas

2 buah bilik air

Bilik tidur 

Bilik tidur

Kolam B dan bilik air tambahan.




Monday, July 5, 2010

Suasana malam di Kampung Hutan Temin A dan B

Papan tanda dengan konsep folk-craft, seadanya buatan sendiri.
Kumbang 'lady bird' menghiasi papan tanda, menjadi tarikan kepada kanak2 yang lalu lalang.

KTH B - diterangan lampu spotlight

Lampu spotlight yang dipasang di atas pokok durian dan pokok jambu air.

Papan tanda di tepi jalan kampung.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...