Pages

Thursday, June 3, 2010

Tarikan terbaru di Pekan Mata Ayer- Restoran Nasi Kandar pagi & tengah hari

Tersergam papan tanda yang unik. Ada buaian dari kayu di hadapan kedai.
Hiasan dinding dengan blok2 kayu yang dipotong, memperlihatkan urat kayu yang cantik.
Kaunter pembayaran juga diperbuat dengan kayu


Berdasarkan gambar yang anda lihat, restoran ini dibina dengan kayu2 balak terbuang yang dikutip dari tapak2 projek MMC GAMUDA JV dan juga dari orang2 kampung yang ingin membuang pokok2 besar bagi tujuan pembangunan. Kayu2 yang tebal dan besar2 divarniskan menimbulkan keunikan kepada pengunjung ke restoran ini.


Anda boleh merasai keenakan bersarapan nasi kandar dan roti canai yang dihidangkan dari pagi sehingga tengah hari sahaja, manakala pada sebelah petang dan malam, masakan gorengan ada disediakan.

Berikut ialah rumah pemilik restoran ini yang memang betul2 minat dengan kerja2 kayu dan perabut yang dibuat sendiri. Kita boleh lihat bertapa besarnya buaian yang dilengkapi dengan suspension daripada spring kereta.



Almari kayu cantik
Almari kayu bercita rasa folk-craft dan hiasan aksesori berkonsepkan vintage dan folk-art.

Bird house
Hiasan bahagian ruang tamu
Meja kayu dan buaian
Suasana depan rumah penuh dengan perabut diperbuat kayu-kayan...

No comments:

Post a Comment