Thursday, October 30, 2025

Menyantuni pelancong dari Poland

Pada 30 Januari 2019, KTH homestay &  Chalet menerima tetamu dari Warsaw, Poland. Beliau menginap di Chalet Mint. Miss Anna sudah mengembara di beberapa negara sebelum beliau memasuki Perlis dari Thailand. Di Perlis, beliau merasai kelainan kerana Perlis bukanlah tempat yang nebjadi tumpuan pelancong dari luar, maka beliau mendapat layanan istimewa daripada penduduk sekitar..

Miss Anna baru tiba dan check in di Chalet Mint 

Mencuba Kek Choklat, makan malam pertama kali di Malaysia


Ingin mencuba hidangan Nasi Ambeng, tetapi lebih tertarik dengan Mee Goreng di Kotak Makan Cafe, Seriab, Kangar

 https://www.facebook.com/pages/category/Product-Service/Kotak-Makan-Cafe-162266824364376/
Sempat posing di Terinai menikmati pemandangan Empangan Timah Tasoh

Posing tepi kolam kedua bersebelahan Chalet Lavender, Mint, Yucca & Neem


Wednesday, October 29, 2025

Abu Daniel Arabic Mandy- the best in Town.

 Bagi pengunjung ke Perlis yang ingin merasakan keenakan Nasi Mandy pada harga yang berpatutan patut cuba ke Restoren Nasi Mandy Abu Daniel ini. Restoren ini sudah lama beroperasi dan menjadi pilihan kepada penduduk tempatan untuk makan tengah hari dan malam dengan cara yang cepat dan mengenyangkan. Menunya hanyalah Nasi Mandy Ayam dan Kambing, manakala ada juga menyediakan minuman teh arab dan teh pudina. 

Untuk ke sini, Klik!






Laman Cafe yang unik dan murah

Lokasi tersorok di dalam kampung (Kampung Celong, Kubang Perun), Laman Cafe menyajikan pelbagai menu yang sedap tetapi murah. Untuk destinasi makanan bajet, pengunjung boeh cuba ke sini. Menu disediakan terdiri daripada masakan panas dan western pada harga yang murah. Dekorasi kafe ini juga mernarik, owner menggunakan bahagian kayu rumah lama yang dicatkan dan di dekorasikan agar dapat menarik pengunjung ber OOTD disini.


Untuk ke sini, sila klik!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...