Pages

Sunday, November 24, 2024

Restoren tepi muara yang best

 Untuk penggemar seafood, anda boleh cuba ke sini untuk dapatkan vibe yang cantik, selesa dan sajian yang lain daripada yang lain. Terletak di muara Sungai Baru, anda boleh melalui gerai-gerai jualan ikan segar di tepian Kuala Sungai Baru sebelum sampai ke sini.








Selamat datang rombongan Asrama adik-adik dari N9

 Selamat datang rombongan asrama SMK Dato Undang Syed Ali Al-Jufri, Negeri Sembilan. Mereka datang dengan 2 buah bas dan mengambil peluang lawatan ini untuk menerokai tempat-tempat menarik di negeri Perlis. Rombongan ini juga menempah makanan untuk sarapan dan makan malam. Terima kasih adik-adik dan guru-guru yang memilih untuk menginap di tempat kami.

Untuk menginap di Perlis (klik)




Tuesday, November 12, 2024

KTH Homestay & Chalet, Mata Ayer, Perlis

Kami menyediakan kemudahan

3 unit Homestay:-
KTHA 2 bilik 2 ac- RM180
KTH 21H 3 bilik 2 ac - RM200
KTH 21J 3 bilik 2 ac - RM200
11 unit Chalet berhawa dingin RM95
Dewan serbaguna berhawa dingin RM 300 sehari @ RM80 sejam

3 unit kolam renang tepi chalet, hubungi whatsap


 0195638475/ 0134429661/ 01110749661

Bilik Chalet yang disediakan

Dewan "Temin Hall" yang boleh muat sehingga 40 orang.

Chalet No 7,8,9,10 & 11 yang betul-betul mengadap Kolam A

Bilik chalet berhawa dingin

Kolam A, dikelilingi 5 buah chalet.





Kolam C berhadapan chalet R & C, sesuai untuk rekreasi sekeluarga.







Monday, November 4, 2024

Makan tengah hari di Pak Lan Nasi Kandar Penaga, Beseri

 Bagi penggemar Nasi Kandar yang teringatkan nasi kandar Pulau Pinang, anda bolehlah ke Restoren Pak Lan Nasi Kandar Penaga ni. Pak Lan nama pemilik restoren ini sangat berpengalaman dan pernah bekerja di restoren nasi kandar di Penaga Pulau Pinang. Untuk menjadikan restoren beliau unik, beliau menamakan restoren ini bersempena dengan tempat beliau pernah tinggal dan bekerja di Penaga Pulau Pinang. Lauk yang digemari pelanggan ke sini biasanya, gulai ayam kampung, gulai daging kambing dan gulai itik. Klik untuk lokasi 

Untuk menginap di Perlis dan rasai nasi Kandar Pak Lan (Klik)




Breakfast at BRC, Beseri - roti canai kari kambing!

 Port breakfast di Beseri yang luas dan selesa. Anda boleh cuba di Bre Roti Canai atau BRC. Menu istimewa yang dihidangkan antaranya nasi lauk kari kambing, roti canai sarang burung dll. di sini disediakan juga bilik berhawa dingin dan tempat makan tingkat atas, dimana pelanggan dapat melihat pemandangan bendang dan banjaran Nakawan dengan lebih cantik lagi. Untuk lokasi sila klik

Untuk menginap di Perlis dan bersarapan di Bre Roti Canai (Klik)











Friday, November 1, 2024

Selamat Datang rombongan pelajar dan guru SK Tumpat 1

 Pada 28 hingga 30 Oktober 2024, 2 buah bas rombongan murid dan guru Sekolah Kebangsaan Tumpat 1, Kelantan telah bertandang ke homestay kami. Mereka juga telah menempah makanan dan minuman untuk sesi sarapan dan makan malam. Sepanjang lawatan, mereka telah melawat tempat-tempat menarik yang ada di negeri Perlis ini.  

Untuk menginap di Perlis (Klik)



Tuesday, August 27, 2024

Influencer CEO Batu bertamu di sini

 Pada 17 Ogos 2024, kami menerima tetamu influencer terkenal dengan nama CEO Batu dan beliau sudi untuk review Homestay & Chalet di dalam tiktok beliau. Klik link dibawah..

https://vt.tiktok.com/ZS2kJdVYE/




Sunday, July 7, 2024

Meeting pendaftaran Program Kampung Stay

8 Julai 2024, pihak homestay menghadiri mesyuarat dan taklimat pendaftaran Program Kampung Stay di bilik mesyuarat Aquamarine, MOTAC, Kuala Perlis.



Saturday, June 29, 2024

Selamat datang tetamu dari USA

Terima kasih Mr Douglas Ladner dan rakan-rakan, Todd, Jack, Audrey dan Katherine kerana memilih untuk menginap di KTH Homestay & Chalet.

Menginap di chalet depan kolam.

Ketibaan rombongan di kawasan parkir.

Dinner istimewa di Koffee Kitchen, Kangar. Bergambar dengan pemiliknya, Isma (3 dari kiri).

Supper lewat malam dengan Burger Ramli di warung burger di Pekan Mata Ayer.

 

Friday, June 14, 2024

Kofee kitchen, Kangar, Perlis

 Kofee Kitchen ditubuhkan bersama 3 orang sahabat yang mempunyai latar belakang yang berbeza terus menjadi pilihan pelanggan yang sukakan vibes.  Mereka adalah:-

1. Norizaty- graphic designer 

2. Isma - BBA

3. Nazhatul Anis- Electical Engineering

Memulakan operasi pada  Jun 2016, tiga sahabat tidak menoleh ke belakang untuk terus maju dalam perniagaan F&B ini. Ianya tertumpu kepada kesabaran dan passion setiap rakan kongsi untuk menjadikan kafe ini menjadi tarikan kepada pelanggan yang gemarkan suasana santai dan tenang dengan hidangan yang sedap. 

Hidangan di sini lebih kepada Western cuisine, kek  dan pastri

Masa operasi ialah daripada pagi 10:30am sehingga jam 12:30pm. 

Kafe ini mengamalkan Philosophy yang baik, dimana staff perlu merasai bagaimana perasaan pelanggan apabila mula melangkah masuk ke restoren. Mereka juga menggunapakai sistem POS yang di improvised supaya sesuai dengan sistem pengambilan order dan penyediaan hidangan supaya tempahan makanan dan minuman tidak disalah hantar dan penyediaannya juga cekap dan cepat.

Pihak Restoren juga mengamalkan pemberian insentif kepada staf berdasarkan rekomendasi daripada customer, contohnya review oleh pelanggan yang sukakan layanan daripada staf tertentu.

Kafe ini juga menggunakan biji kopi yang diimpot dari Papua New Guinea dan Brazil. 

Ketika ditanya tentang persaingan, Isma menjawab bahawa mereka percaya kepada ketentuan rezeki daripada Tuhan, dan menegaskan mereka cenderung kepada penjualan vibes dan servis. Nasihat lain daripada Isma ialah pengusaha restoren perlu mengekalkan kualiti hidangan, rapport dan kemesraan dengan pelanggan untuk mengekalkan daya saing sesebuah restoren. 

Untuk Kofee Kitchen, mereka mengekalkan standard operasi dengan menukar 'Platting' untuk setiap 6 bulan dan menukar menu setahun sekali.

Syabas dan moga terus maju jaya.

MERASAI VIBES DI KOFEE KITCHEN DAN BERMALAM DI PERLIS, KLIK!


Cik Isma 3 dari kiri bersama pelancong dari Texas, USA dan host KTH Homestay & Chalet.


Sunday, May 26, 2024

Selamat datang kepada Keluarga En. Shahril Amin dari Ipoh

Sempena cuti sekolah Mei 2024 ini, kami menerima tetamu daripada Ipoh, Perak. Terima kasih En. Shahril Amin dan Puan Nurul Aini sekeluarga kerana sudi menginap di tempat kami. Mereka juga berkesempatan menikmati buah mangga Harum Manis di Warung Harum Manis Kg Hutan Temin, yang hanya 2 minit berjalan kaki dari kawasan homestay.

Berikut adalah gambar2 daripada FB puan Nurul Aini.




 

Thursday, April 25, 2024

Warung Harum Manis Kg Hutan Temin, Mata Ayer

Warung Harum Manis Kg Hutan Temin, Mata Ayer berada di dalam kebun mangga harum manis yang diusahakan oleh En Hanan dan isteri. Pelanggan dapat menikmati juadah yang disediakan yang terdiri daripada menu utama, pulut harum manis, jus mangga harum manis dan juadah lain seperti nasi lemak, dll.

Pengunjung juga dapat bersiar-siar di laman kebun dan melihat-lihat pokok mangga Harum Manis. Lokasinya hanya beberapa langkah dari KTH Homestay & Chalet. 

Sunday, April 14, 2024

Menyantuni tetamu dari St Petersburg, Persekutuan Russia

Terima kasih kepada Mr Seraphim dan isteri, Pn Olesya dari St Petersburg, Russia yang singgah ke chalet kami untuk merasai suasana Ramadhan di Perlis dikelilingi oleh masyarakat muslim. Memang diakui agak sukar untuk mereka mencari restoren yang buka di siang hari, namun mereka sudah terbiasa untuk mendapatkan makanan dari kedai runcit dan kedai 7 Eleven berdekatan. Pada petangnya, mereka dapat shopping sakan di Bazar Ramadhan.

pihka homestay juga membawa mereka ke kebun mangga Harum Manis berdekatan sempena musim mangga Harum Manis dan mereka juga dapat merasai pengalamam mengait kelapa dan minum air kelapa muda dari kebun kelapa berdekatan. Berikut adalah gambar2 yang sempat diambil daripada aktiviti pelancong Russia ini di Perlis sempena Ramadhan.


Bergambar di depan chalet penginapan.

Setiap pelancong Eropah akan teruja dengan nenas.

bershopping di bazar Ramadhan.

Membeli juadah makan malam di bazar Ramadhan.

Dinner selepas terawikh.

Melawat kebun mangga Harum Manis Cikgu Non di Mata Ayer.

Merasai mangga Harum Manis buat kali pertama. Berjaya mengejutkan Seraphim dengan kemanisannya, "it's like honey!"

Membeli belah di Nat Pokok Getah.

Meronda kampung

Pengalaman mengait buat kelapa.

Sudah bersedia dengan jug.

Sudah dapat 2 biji kelapa muda.