Ngulang Kopitiam, Ngulang, Mata Ayer, Perlis merupakan sebuah cafe yang mengekalkan citarasa moden dan warisan di dalam suasana retro. Bagi pengunjung ke Perlis yang tercari-cari makanan tradisi orang-orang Perlis ketika sarapan pagi, bolehlah order pulut hitam ikan masin, jagung nyioq, nasi rendang dan peknga. Suasana dan dekorasi di restoren ini menunjukkan bahawa pengusahanya mempunyai minat mendalam mengumpul barang2 lama yang mempunyai nilai sentimental. Datang lah ke sini untuk suatu sarapan pagi yang unik dan menggamit nostalgia.
Pages
▼
Sunday, December 11, 2022
Friday, November 25, 2022
Nasi Dagang Terengganu di Arau, Perlis?
Restoren Nasi Dagang Terengganu terletak di Batas Liku atau persimpangan dari arau ke jalan Padang Nyu sebelum naik jejantas bengkok Arau ke Kangar. Kedudukan restoren ini sangat mudah kelihatan dari jalan besar dan mempunyai suasana lapang dan bersih. Nasi dagang yang dihidangkan memang diusahakan oleh pasangan suami isteri yang mewarisi resepi Nasi Dagang Terengganu daripada ibu bapa sebelah suami yang berasal dari Negeri Terengganu.
Bagi pengunjung ke Perlis yang ingin merasai nasi dagang Terengganu bolehlah datang ke sini. Restoren ini juga menghidangkan set sarapan pagi yang lain seperti nasi lemak, roti canai, telur separuh masak, roti telur gedik dll.
MENGINAP DI PERLIS DAN MENEROKA PANORAMA PERLIS (KLIK)
Suasana tempat makan yang lapang |
Nasi Dagang ori Terengganu berlauk ikan tongkol. |
Nasi Dagang berlauk daging masak hitam |
Roti telur gedik. |
Produk Daging Ketuk Berlada yang dikeluarkan sendiri. |
Signboard yang sangat jelas |
Thursday, November 24, 2022
Al Syuq Palace and Koffey, Kangar
Restoren Al Syuq Palace and Koffey merupakan sebuah retoren yang mewah dan bersuasana private yang menyediakan masakan nasi arab dan pastry terbaik di dalam bandar Kangar. Menu nasi arabnya terdiri daripada nasi Mandy, nasi Khabsah dan nasi Maqlubah.
Apabila pertama kali pelanggan buka pintu dan masuk ke dalam restoren, mereka akan menghidu bauan aroma terapi yang mirip bauan di Masjidil Nabawi, Madinah. Bersambung dengan ruang makan restoren, pemilik restoren, Puan Norhazura ada menyediakan ruang jualan sejadah daripada Madinah Al Munawwarah dan pewangi Oud, juga dari Madinah.
Nasi Khabsah yang sangat menyelerakan. |
Pastry |
Kopi brew yang super kaw |
Monday, November 14, 2022
Kampung Warna Warni Kuala Perlis
Tarikan popular di Kuala Perlis ialah Kampung Warna Warni. Pengunjung boleh bersiar-siar di kawasan perkampungan ini dan bergambar puas-puas. daripada kampung ini, pengunjung boleh mendaki jambatan pejalan kaki dan motosikal yang juga dicat dengan warna warni. Jambatan Tuanku Syed Putra ini menghubungkan Kampung dengan Pekan Kuala Perlis. daripada atas jambatan ini pengunjung dapat melihat muara sungai Perlis dengan lebih jelas dan pemandangan yang lain, seperti jeti feri ke Pulau Langkawi, jeti pendaratan ikan, Pekan Kuala Perlis dan kampung Warna Warni itu sendri.
Berkunjung ke sini pada waktu petang selepas asar adalah sangat sesuai kerana terdapat pelbagai aktiviti jualan yang dijalankan oleh penduduk setempat di sini. Pengunjung juga boleh menikmati pemandangan sunset dari atas jambatan Tuanku Syed Putra ini.
Jualan hasilan laut terdapat di gerai2 berhampiran jalan masuk ke Jambatan Tuanku Syed Putra. |
Pemandangan perkampungan Warna Warni dari atas jambatan |
Dekorasi di dinding tembok dalam perjalanan ke Kampung Warna Warni dari arah Kampung Seberang Ramai. |
Rumah-rumah yang dicat cantik. |
Taman mini yang unik di tepi jalan ke Kampung Seberang Ramai. |
Laluan melalui celah2 rumah penduduk yang telah dihias cantik dan melalui laun ini pengunjung boleh berjalan ke Jambatan Tuanku Syed Putra. |
Friday, November 11, 2022
Makan Tengah Hari di Warung Kak Eta, Kuala Perlis
Pengunjung ke Perlis boleh makan tengah hari di Warung Kak Eta, Kuala Perlis. Hidangan di warung ini menyajikan masakan kampung yang biasa di makan oleh orang2 Perlis. Pelbagai jenis lauk dihidangkan pada harga yang sangat berpatutan.
Keistimewaan lauk makan tengah hari di sini ialah banyak dihidangkan dengan makanan laut seperti ketam, udang, sotong bakar & goreng tepung, pelbagai jenis ikan dan telur ikan mayong dan telur sotong (kebanyakan hari ada telur ikan mayong@ seludu ni).
Lokasi Warug Kak Eta ini berada berhampiran IKBN Kuala Perlis.
Gulai telur ikan mayong yang sangat menyelerakan |
Kedudukandi tepi jalan besar, mudah dijumpai. |
Lauk pauk bersusun |
Tempat duduk yang banyak |
Suasana warung pada waktu tengah hari |