Tasik Melati merupakan antara tempat rekreasi popular di Perlis. Penduduk sekitar menjadikan Tasik Melati sebagai tempat berjogging dan memancing. Bagi peminat bot kontrol, Tasik Melati menjadi tempat yang sangat sesuai untuk aktiviti tersebut. Jika datang ke Perlis, jangan lepaskan peluang ke sini. Jalan ke sini adalah melalui jalan Santan, jalan Ngulang Dato Kayaman & jalan Balai Baru.