Pages

Saturday, March 8, 2014

Mangga harum Manis Harta Intelek Negeri Perlis

Musim mangga HArum Manis atau mempelam harum manis tiba lagi pada setiap April sehingga hujung Mei.
Untuk tahun 2014, menurut jangkaan penanam mempelam harum manis, hasil mungkin lebih banyak daripada tahun lepas. Jika tuan/ puan inginkan harum manis dikurier ke rumah tuan puan, silalah berhubung dengan En. Azmir, salah seorang pemilik kebun harum manis di kawasan Panggas dan Sungai Serai di nombor 012-4341447.









Saturday, March 1, 2014

Pasar Sabtu di Balai Baru, Beseri - 10 km dari Murni Homestay, Beseri

Homestay Murni, Beseri terletak berdekatan dengan Pasar Sabtu dan Rabu di Balai Baru.Pasar ini telah mengalami banyak pembaharuan setelah sekian lama beroperasi. Orang ramai dari kawasan tengah Perlis berpeluang untuk membeli barangan keperluan mereka di pasar ini. Berikut ialah gambaran suasana Pasar Sabtu di Balai Baru, Beseri. Pasar ini beroperasi pada setiap hari Sabtu dan Rabu, mudah untuk ditemui kerana ianya hanya berada tepi jalan berhampiran simpang tiga lampu isyarat di Balai Baru, Beseri


Keunikan pasar ini, banyak penjual anak2 pokok, anda boleh pilih nak anak pokok apa...
Bahagian jualan makanan paling seronok dikunjuangi, banyak juadah tradisi Perlis

Nasi lemak bungkus, masih 70 sen

Inilah 'speciality' Perlis, pekasam ikan air tawar

Inilah siput mentarang, bukan senang nak dapatkan dari pantai berlumpur di sepanjang pesisir pantai Perlis & Kedah

Buah 'Munggai' sedap dibuat kari... terliurnya

Rajinnya abang ni mengopek mentarang..





Isi mentarang yang dah dikopek, dijual dalam plastik, maklumlah sekarang ni surirumah semua pandai2 masak cuma tak berapa rajin jer, bak kata UAI- klik


Burung puyuh yang dah siap untuk dipotong dan digoreng... 4 ekor rm10 jer- murah2
Ni lah pokok herba maman yang dibuat jeruk





Jeruk maman, 'fames' di utara ni.. boleh try kat restoran Anjung Keli atau Warung Pokok Sawa


Pelbagai jenis ikan, yang bestnyer telur ikan...