Pages

Saturday, September 8, 2012

Galeri taman di KTH guesthouses..

Dalam usaha mengindahkan taman dan suasana sekitar penempatan KTH guesthouses, Pihak pengurusan telah membuat pelaburan wang, masa dan keringat bagi memberi suatu kelainan kepada tetamu yang berkunjung ke sini. Banyak lagi gambar2 suasana di sini yang akan menyusul nanti...

Sudut Chrysanthemum

Chrysanthemum mini berwarna merah

kekwa di perlis
Chrysanthemum purple- cantik apabila mekar...
Chrysanthemum sulung yang berjaya berbunga- remeh juga nak jaga pokok bunga kekwa ni... banyak sangat mahkluk perosak...
Pelbagai jenis Chrysenthemum yang masih diperingkat percubaan.

Pokok limau kasturi yang ditanam sebagai pagar- tetamu bebas untuk memetik limau kasturi tersebut.

Chrysenthemum merah kerdil yang kerap berbunga dan bunganya juga agak tahan lama.

Buah kedondong yang berbuah lebat dan bebas di makan oleh tetamu yang menginap di sini.

taman sudut yang menanti tetamu ke KTH Cottage Mint


Burung sparrow yang telah menghuni di kawasan ini dari generasi ke generasi.

Kolam renang mini yang sedia menanti pengunjung...

Keturunan sparrow yang telah menghuni di sini sejak sebelum tanah ini dibangunkan.

Pohon konifer menceriakan pemandangan dan sepasu pudina yang boleh di ambil oleh tetamu yang inginkan 'herb medication' bagi menghilangkan migrain dengan meminum secawan teh yang dimasukkan beberapa helai daun pudina..

Papan tanda dipacakkan di depan sebuah taman mini bersama set kerusi dan meja batu di bawah pohon durian dan petai.


Bunga Chrysenthemumdalam peringkat percubaan- kurang sesuai ditanam di tanah pamah...

Aidilfitri 1433H di Masjid As-Syakirin, Oran (Masjid Kubah Hitam)

Bagi tetamu yang menginap di rangkaian homestay kami pada 1 syawal 1433H yang lalu, kami mengucapkan selamat hari lebaran dan semoga Allah menerima amalan tuan/puan dan amalan kami sepanjang Ramadhan yang lalu. Berikut adalah gambar suasana berhari raya di Masjid As-syakirin, Oran, Mata Ayer, Perlis atau tetamu selalu diberi gambaran masjid berkubah hitam.

Jemaah yang hadir bersolat sunat hari raya, melimpah sehingga ke tempat parkir.

Selepas solat dan Khutbah Hari Raya, kanak2 lah yang paling riang, beratur untuk mendapatkan duit raya dari Tok Imam, Ustaz Ya'ali bin Dahaman dan Isteri.

Tradisi menziarahi perkuburan saudara mara bagi anak2 perantau yang pulang berhari raya.

Jambatan baru melintasi rel keretapi Singapura- Bongkok- kalau nak ke homestay KTH, tetamu akan menyusur ke tepi jambatan (jangan naik atas jambatan- nanti sampai ke Padang Besar pula)