Pages

Saturday, December 31, 2011

Berbesar hati menerima kunjungan blogger.

Pada 25 Disember 2011, rangkaian Rumah Tetamu Mata Ayer Agri Ent., menerima tetamu, seorang blogger, Pn Nurmaya dan keluarga ke KTHB Homestay, Mata Ayer, Perlis dan TSI  Homestay, Jitra, Kedah. Kami mengucapkan terima kasih kepada beliau sekeluarga kerana sudi bermalam di rumah tetamu kami sebelum bertolak ke Hatyai, Songkhla, Thailand, dan sekali lagi beliau bermalam di salah sebuah rumah tetamu kami terbaru, di Jitra.

Terima kasih kerana sudi bermalam di KTHB, tenang dan suasana kampung..., basikal pun disediakan, kot2 tetamu nak pusing kampung...


Menikmati makan malam di medan ikan bakar tepi laut di Kuala Perlis.

KLIK untuk review dari blogmaya.com

a. Taman Ular Perlis
b. Taman Anggur Perlis
c. Restoran Nasi Kandar Pokok Petai, Mata Ayer
d. Medan Ikan Bakar Kuala Perlis
e. Muzium Kota Kayang, Jalan belakang ke Kuala Perlis
f. Restoran Anjung Keli, Behor Pulai, Kangar


Kategori: tetamu homestay

Sunday, December 18, 2011

Dari Phuket ke Padang Besar, Perlis (transit di Krabi)

Perjalanan jauh dari Pulau Phuket- Phang Nga- dan kini sampai ke Krabi. Kami tidak singgah bermalam, cuma sempat berhenti solat dan makan malam sambil meninjau panorama keindahan pantai dan bandar pelancongan Krabi (anak saya selalu bertanya dalam kenderaan-'Are we there yet? to Krabi Patty?) 3 jam perjalanan dari Phang Nga, Thailand.

Jalan ke Krabi, pihak berkuasa membiarkan pokok2 balak sebesar 7 ke 8 pemeluk menghiasi jalanrayanya, sangat cantik dan takjub tengok pokok2 sebesar tu...
Signboard Krabi
Singgah solat Asar dulu, banyak masjid di Krabi, tetapi tidak banyak kalau dari Hatyai- Pathalung dan Trang.
Masjid besar Krabi, ramai umat Islam di sini, tetapi tidak ramai yang tahu berbahasa Melayu.
Pantai fosil yang popular dalam senarai lawatan, bagi yang minat era dinasour tu bolehlah ke sini. yang tercari2 pantai yang cantik untuk bersantai, jangan haraplah....
Bilik pameran dan info di pantai fosil, di sini ada banyak fosil dari pra-sejarah, tak pasti pulak sama ada trilobite pun ada kat sini.... sebab kami tak masuk, tak cukup bajet...
Kedai2 kecil tetapi dihiasi cantik di sepanjang pantai Krabi, ramai juga pendatang dari Pakistan yang tahu berbahasa Inggeris dan pernah bekerja di Malaysia berniaga di sini.
Puan Liza tak melepaskan peluang mengambil gambar matahari terbenam di pantai Aonang, Krabi ni.
Inilah pantai Aonang, Krabi, punyalah banyak Mat Saleh, "kalau ambil gambar mesti ada diorang kat dalam gambar" eh yea ke? Ke purposely?.... hi hi hi... (tu anak2 kami bermain kat tepi pantai sana sebagai background gambar ni..)
Keluar sikit dari Krabi, kami jumpa sebuah Restoran milik Puan Shareefah, boleh speaking dengan dia untuk order menu pilihan dan modification, sebab rindukan masakan Malaysia...Lepas tu kami teruskan perjalanan ke Trang, Pathalung dan Hatyai, Songkhla.







Friday, December 2, 2011

Belangkas Bakar dan Sambal Mentarang di Kuala Perlis

Baru-baru ni kami berpeluang menjamu tetamu yang datang ke Negeri Perlis sempena cuti sekolah hujung tahun, Disember 2011. Lokasi kedai2 ikan bakar di sepanjang pantai depan hotel Brasmana, Kuala Perlis menjadi pilihan. Dan menjadi rezeki kepada tetamu kami tersebut ialah terdapat 'belangkas' dan siput 'mentarang'. 'Belangkas mungkin sudah agak biasa di mana2 pun tetapi siput 'mentarang' hanya terdapat di pantai barat (kawasan pantai berlumpur) dan bergantung kepada musim.

Hidangan istimewa, 'belangkas' bakar, sambal siput 'mentarang' dan sotong masak asam.


Nii.. lah rupa 'belangkas' yang dah dibakar, siap dengan sambal, yang kat atas tu, siput 'mentarang' dimasak sambal



Nii.. lah rupa telur 'belangkas' bagi yang tak pernah merasa telur belangkas, inilah peluangnya...
Jangan salah faham, kita makan telurnya sahaja tau....


Terima kasih En. Firdaus b Yaacob, pengamal undang2 dari Seremban dan sahabat baik beliau En. Johanis kerana sudi menjadi tetamu kami pekena 'ikan bakar' kat Kuala Perlis ni... Ni first time En. Firdaus makan telur 'belangkas' dan 'mentarang'- mano nak dapek kat seromban nun..