Friday, December 27, 2013

Homestay Murni, Beseri (HMB)

Homestay Murni mempunyai 2 bilik dan berharga RM140. Terdapat 1 bilik ber-aircond. Lokasi terletak di Taman Beseri Murni berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Beseri dan Markaz Tabligh Beseri. Kedudukan Beseri ialah 15 minit perjalanan ke Padang Besar dan 15 minit ke Kangar.

Bagi pengunjung yang ingin ke Padang Besar, homestay ini sangat sesuai untuk mereka. Kemudahan yang lain ialah terdapat kedai runcit dan banyak kedai makan dan restoran berdekatan
Pintu depan yang luas- boleh parkir 2 buah kereta

Meja batu di laman porch

Ruang tamu yang simple

Dapur

Bilik tidur

Bilik air

Monday, December 23, 2013

Balai Polis Padang Besar kena bom?

22 Disember 2013- Letupan bom telah mengegarkan bandar2 sempadan di Selatan Thailand (sumber - utusan online) termasuk Bandar Padang Besar Thailand. Pada tahun lepas di Bandar Hatyai klik. Namun untuk pengetahuan, letupan bom adalah disasarkan kepada pihak berkuasa Thailand atau pihak berkaitan dengan kepentingan Thailand sahaja. Berita tentang letupan bom di hadapan Balai Polis Padang Besar sebenarnya Balai Polis Thailand di bahagian Padang Besar sebelah Thailand. Bandar Padang Besar sebenarnya telah terbahagi dua iaitu Padang Besar Thailand dan Padang Besar Malaysia. Ia bagaikan Berlin Timur dan Berlin Barat suatu ketika dahulu. Pemisahan ini berlaku kerana faktor2 kekalahan perang Kedah-Siam dan politik antarabangsa.

Kepada pengunjung ke negeri Perlis yang ingin shopping di Bazar Padang Besar Perlis, teruskan niat anda kerana di bahagian Bandar Padang Besar Perlis keadaannya masih selamat seperti biasa. Untuk pengunjung ke bandar2 pelancongan Selatan Thai, seboleh2nya elakkan daripada mengunjungi tempat2 tumpuan ramai dan berada berdekatan dengan pihak keselamatan Thai.

Selamat datang ke Perlis sempena cuti panjang Krismas dan tahun baru.
Keluarga Cikgu Hailmi di Padang Besar Perlis - dipetik dari blog beliau- klik pada gambar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...