Monday, March 12, 2012

Homestay Dato Paduka- DPH Homestay, Kangar

3 bilik harga RM 130  sahaja.
Lokasi:- Berhampiran bulatan besar Kangar. Berdekatan dengan Hotel Putra Palace.

Ruang tamu yang luas

Bilik juga luas, dilengkapi dengan kipas siling

Dua buah bilik air bersebelahan

Ruang makan dilengkapi dengan peti ais

Pintu masuk depan, parkir kenderaan berbumbung.

Homestay Mak Lang, Taman Fauziah, Kangar

Homestay Mak Lang terletak di Taman Fauziah iaitu berdekatan dengan bulatan besar Kangar dan bangunan ibu pejabat TNB, Kangar. Kemudahan disediakan ialah 3 bilik dan 2 bilik air. Ruang tamu dan dapurnya luas. Harga yang ditawarkan ialah RM130 sahaja semalam.






Friday, March 2, 2012

Melancong ke Phuket, Thailand

Hard-Rock Phuket berdekatan dengan pantai Patong

Komaree Mansion, bermakna Mansion Bulan- Qomar dalam bahasa Arab ialah bulan.Pemiliknya muslim, tapi tak tau cakap melayu, anak perempuan beliau boleh berbahasa Inggeris.

Di Hotel ni terdapat pantri yang mempunyai kemudahan paip air dan tempat untuk memasak- kami masak sarapan di sini.

Tak jauh dari Komaree Mansion ialah pantai Patong yang famous tu... sepanjang pantai terdapat tempat2 untuk mengurut kaki- tetapi untuk wanita je lah, yang lelaki takde lah.

Pantainya yang landai dan cantik sangat terkenal- kelihatan kapal persiaran Star-Cruise berlabuh berdekatan pantai Patong.

Ukiran Patong Beach di sepanjang kawasan pejalan kaki.

Hotel Austrian Garden yang bersebelahan Komaree Mansion- ada swimming pool dan laman rumput yang cantik dan bersih- satu idea untuk KTH homestay.

Gambaran ntipikal bandar2 di Thailand

Pantai Patong, kerusi2 ni akan dicaj 100 baht kalau teringin nak lepak atasnya.

Kawasan gerai jualan barangan kraf tradisional Thailand di sepanjang pantai.

Thailand terkenal dengan sutera thai. Pekedai kat Phuket fasih berbahasa Inggeris.

Merasai pengalaman menaiki gajah- jalanya menaiki bukit dan lalu di celah2 pokok balak, sangat mendebarkan, tetapi kita dapat rasai bertapa cermatnya gajah berjalan melalui denai2 yang sempit- rugi kalau tak cuba.

Karon view point se-gah namanya, tempat yang tinggi dan boleh bergambar dengan berlatar-belakangkan bandar Phuket.

Phonthep, tempat kajian janakuasa daripada kincir angin- boleh tengok kincir angin gergasi di sini.

Di penjuru Phonthep juga menjadi tempat model2 antarabangsa bergambar. Kami tumpang bergambar je...

Karon View Point- penuh dengan gaya2 bergambarbagi medapatkan sudut menarik berlatar belakangkan bandar Phuket dan lautan membiru.
Safari Kokchang, tempat gembala gajah- aktiviti yang boleh dibuat di sini- melihat gajah (free), beri makan gajah (kena beli tebu kat sini), menunggang gajah (800 baht seorang).

Phomthep, penjuru pulau Phuket- tempat yang menarik untuk bergambar dan menikmati pemandangan yang menarik.

* Komaree Mansion boleh dihubungi di komareepatong@hotmail.com
atau di alamat
34Rat-u-thit 200 Pee rd,
Patong Kathu Phuket,
Thailand 83150

tel: +66(0)76 340 670
fax.: +66(0)76 342 407
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...